PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan Melayu dengan Maksud

Peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran, ringkas dan padat maknanya.

  1. Ada air, adalah ikan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  2. Ada angin, ada pokoknya

    Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

  3. Ada bangkai, adalah hering

    Ada kejahatan, adalah kejahatan lain yang datang.

  4. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

    Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

  5. Ada beras, taruh dalam padi

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

  6. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  7. Ada bukit, ada paya

    Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

  8. Ada gula, ada semut

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  9. Ada hari, ada nasi

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  10. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

    Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.

  11. Ada nyawa ada rezeki

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  12. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  13. Ada padi masak, adalah pipit

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  14. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  15. Ada padi, segala menjadi

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  16. Ada pasang surutnya

    Untung dan malang tidak tetap.

  17. Ada rotan, ada duri

    Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

  18. Ada rupa, ada harga

    Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.

  19. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

    Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.

  20. Ada udang di sebalik batu

    Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

  21. Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat

    Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

  22. Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi

    Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik.

  23. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

    Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

  24. Alah bisa, tegal biasa

    Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

  25. Belum duduk sudah berlunjur

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  26. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  27. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

    Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu

  28. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  29. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali

    Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat.

  30. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  31. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  32. Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh

    Setiap sesuatu hendaklah wajar pada tempatnya.

  33. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

    Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.

  34. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  35. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

    Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

  36. Biar lambat asalkan selamat

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  37. Biar mati anak, jangan mati adat

    Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.

  38. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

    Rahsia hendaklah di simpan.

  39. Biar putih tulang, jangan putih mata

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  40. Biar titik, jangan tumpah

    Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

  41. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi

    Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

  42. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

  43. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  44. Genggam bara api, biar sampai jadi arang

    Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.

  45. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga

    Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

  46. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  47. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  48. Ilmu padi, makin berisi makin runduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  49. Jangan bercermin di air keruh

    Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

  50. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

    Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

  51. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya

    Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.

  52. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

    Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

  53. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  54. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  55. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

  56. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

    Janji mesti ditepati.

  57. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu

    Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

  58. Laut ditimba tak akan kering

    Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

  59. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

    Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

  60. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut

    Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

  61. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang

    Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.

  62. Melepaskan batuk di tangga

    Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.

  63. Memberi garam kepada laut

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  64. Memberi lauk kepada orang membantai

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  65. Membuang garam ke laut

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  66. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

    Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.

  67. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga

    Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.

  68. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

    Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

  69. Sediakan payung sebelum hujan

    Seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia sebelum terjadi apa-apa.

  70. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

    Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

  71. Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung

    Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak

  72. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

    Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.

  73. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

    Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.

  74. Seperti melukut masuk gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi

    Tidak penting

  75. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

    Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

  76. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  77. Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas

    Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.

  78. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

    Orang yang berpura-pura tidak tahu.

  79. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.

  80. Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni

    Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

  81. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  82. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.