PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf A

Senarai 119 peribahasa Melayu bermula dengan huruf A, lengkap dengan maksud.

  1. Abu Jahal Simpulan Bahasa

    Orang yang jahat.

  2. Ada air, adalah ikan Bidalan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  3. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang Pepatah

    Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

  4. Ada angin, ada pokoknya Bidalan

    Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

  5. Ada bangkai, adalah hering Bidalan

    Ada kejahatan, adalah kejahatan lain yang datang.

  6. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh Bidalan

    Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

  7. Ada beras, taruh dalam padi Bidalan

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

  8. Ada biduk, serempu pula Bidalan

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  9. Ada bukit, ada paya Bidalan

    Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

  10. Ada gula, ada semut Bidalan

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  11. Ada hari, ada nasi Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  12. Ada hati Simpulan Bahasa

    Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

  13. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas Bidalan

    Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.

  14. Ada jalan Simpulan Bahasa

    Ada cara, ikhtiar, usaha.

  15. Ada nasi di balik kerak Perumpamaan

    Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

  16. Ada nyawa ada rezeki Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  17. Ada padang, ada belalang Bidalan

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  18. Ada padi masak, adalah pipit Bidalan

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  19. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras Bidalan

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  20. Ada padi, segala menjadi Bidalan

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  21. Ada pasang surutnya Bidalan

    Untung dan malang tidak tetap.

  22. Ada rotan, ada duri Bidalan

    Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

  23. Ada rupa, ada harga Bidalan

    Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.

  24. Ada sampan hendak berenang

    Sengaja bersusah payah.

  25. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas Bidalan

    Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.

  26. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas

    Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.

  27. Ada udang di sebalik batu Bidalan

    Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

  28. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat

    Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.

  29. Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat Bidalan

    Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

  30. Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi Bidalan

    Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik.

  31. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Bidalan

    Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

  32. Adu domba Simpulan Bahasa

    Melaga-lagakan orang supaya berlaku pergaduhan atau perselisihan.

  33. Agak lebih daripada agih

    Banyak bicara, sedikit kerja.

  34. Agak-agak bertutur malam hari

    Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

  35. Agih-agih kungkang

    Terlalu memberi kepada orang lain sehingga menyusahkan diri sendiri.

  36. Air beriak tanda tak dalam Pepatah

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  37. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga Pepatah

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  38. Air dicencang tak akan putus

    Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

  39. Air digenggam tiada tiris Perumpamaan

    Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.

  40. Air diminum sembiluan

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  41. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam Pepatah

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  42. Air mata jatuh ke perut

    Berdukacita dengan diam-diam.

  43. Air muka Simpulan Bahasa

    Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan); Maruah, harga diri.

  44. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa Pepatah

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

  45. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga Pepatah

    Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

  46. Air seni Simpulan Bahasa

    Air kencing, air kecil.

  47. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan Pepatah

    Membesar-besarkan perkara yang kecil.

  48. Air susu dibalas dengan air tuba

    Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

  49. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya Pepatah

    Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

  50. Air tenang menghanyutkan

    Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.

  51. Air yang jernih, sayak yang landai

    Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.

  52. Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya Pepatah

    Orang yang diam jangan disangka pengecut

  53. Airnya jernih, ikannya jinak

    Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

  54. Ajak-ajak ayam Simpulan Bahasa

    Tidak bersungguh-sungguh apabila membelawa seseorang.

  55. Akal akar berpulas tak patah

    Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.

  56. Akal belut Simpulan Bahasa

    Tipu muslihat yang sangat licin.

  57. Akal budi Simpulan Bahasa

    Fikiran yang sihat.

  58. Akal kancil Simpulan Bahasa

    Tipu daya yang licin.

  59. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba Pepatah

    Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

  60. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Pepatah

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

  61. Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung Pepatah

    Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

  62. Akar umbi Simpulan Bahasa

    Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

  63. Akik disangka batu

    Terhina orang kerana salah sangka.

  64. Alah bisa kerana biasa Pepatah

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

  65. Alah bisa, tegal biasa Bidalan

    Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

  66. Alah membeli, menang memakai Simpulan Bahasa

    Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.

  67. Alah sabung, menang sorak

    Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.

  68. Alang berjawab, tepuk berbalas

    Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.

  69. Alang kepalang Simpulan Bahasa

    Sedikit atau tidak mencukupi.

  70. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam Pepatah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  71. Alang-alang berminyak, biar licin Pepatah

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

  72. Alang-alang mandi, biar basah Pepatah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  73. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Pepatah

    Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan.

  74. Alas perut Simpulan Bahasa

    Makan sedikit buat sementara.

  75. Alim-alim kucing Simpulan Bahasa

    Pura-pura baik.

  76. Alu pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  77. Ambil berat Simpulan Bahasa

    Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa.

  78. Ambil langkah Simpulan Bahasa

    Mulai bertindak.

  79. Anak ayam kebasahan bulu

    Resah gelisah, menjijikkan.

  80. Anak badak dihambat-hambat

    Sengaja mencari bahaya atau kesusahan.

  81. Anak baik, menantu molek

    Sangat berbahagia.

  82. Anak buah Simpulan Bahasa

    Anak saudara atu pekerja di bawah jagaan kita.

  83. Anak dagang Simpulan Bahasa

    Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

  84. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan Pepatah

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  85. Anak emas Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa.

  86. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  87. Angguk bukan, geleng ya

    Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.

  88. Angin berputar, ombak bersabung

    Perkara yang amat sulit.

  89. Angin bersiru, ombak bersabung

    Perkara yang amat sulit.

  90. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam Pepatah

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

  91. Anjing ditepuk menjungkit ekor

    Seseorang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.

  92. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh

    Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

  93. Anjing menyalak tiada menggigit

    Seseorang yang bercakap besar tetapi penakut.

  94. Anjing terpanggang ekor

    Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.

  95. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras Pepatah

    Setiap orang lazimnya mencari orang yang sepadan atau setaraf dengannya

  96. Antah patah lesung hilang

    Kesusahan datang secara berturut-turut.

  97. Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan Pepatah

    Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

  98. Api padam, puntung hanyut

    Sudah selesai dan tidak diungkit-ungkit lagi.

  99. Api padam, puntung masih berasap

    Sudah selesai tetapi masih dipercakapkan.

  100. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  101. Asal sabut terapung, asal batu tenggelam

    Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.

  102. Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya Pepatah

    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

  103. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga Pepatah

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  104. Asam garam Simpulan Bahasa

    Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka).

  105. Atas angin Simpulan Bahasa

    Negera-negara di sebelah barat.

  106. Atas pagar Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

  107. Awal dibuat, akhir diingat

    Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

  108. Ayam berinduk, sirih berjunjung

    Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

  109. Ayam berlaga sekandang

    Berkelahi dengan orang serumah.

  110. Ayam dapat, musang dapat

    Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.

  111. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Pepatah

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

  112. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang Pepatah

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  113. Ayam jalak Simpulan Bahasa

    Orang yang berani.

  114. Ayam menang, kampung tergadai

    Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.

  115. Ayam pemikat Simpulan Bahasa

    Orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.

  116. Ayam seekor, bertambang dua

    Gadis seorang, diingini dua bujang.

  117. Ayam tak patuk, itik tak sudu

    Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

  118. Ayam tambatan Simpulan Bahasa

    Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan.

  119. Ayam terlepas, tangan bau tahi

    Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.