PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf B

Senarai 219 peribahasa Melayu bermula dengan huruf B, lengkap dengan maksud.

  1. Bacang dibungkus baunya keluar juga

    Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

  2. Bagai asam dengan garam Perumpamaan

    Sepadan benar.

  3. Bagai aur dengan tebing Perumpamaan

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  4. Bagai aur di atas bukit Perumpamaan

    Orang yang menyerahkan diri pada takdir.

  5. Bagai ayam disambar helang Perumpamaan

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

  6. Bagai Belanda meminta tanah Perumpamaan

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  7. Bagai beliung dengan asahan Perumpamaan

    Tidak pernah berpisah.

  8. Bagai bersumur di tepi rawa Perumpamaan

    Orang yang selalu cemburu.

  9. Bagai bertepuk sebelah tangan Perumpamaan

    Cinta kasih yang tidak berbalas.

  10. Bagai bertih digoreng Perumpamaan

    Bercakap tidak berhenti-henti.

  11. Bagai beruk kena ipuh Perumpamaan

    Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.

  12. Bagai berumah di tepi tebing Perumpamaan

    Selalu dalam kekhuatiran.

  13. Bagai besi dengan penempa Perumpamaan

    Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

  14. Bagai bulan dengan matahari Perumpamaan

    Sepadan benar.

  15. Bagai bulan dipagar bintang Perumpamaan

    Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.

  16. Bagai bulan empat belas Perumpamaan

    Kecantikan wajah seseorang wanita yang tiada bandingannya.

  17. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan Perumpamaan

    Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

  18. Bagai bunyi cempedak jatuh Perumpamaan

    Bunyi jatuh yang kuat.

  19. Bagai cembul dapat tutupnya Perumpamaan

    Sesuai benar.

  20. Bagai cincin dengan permata Perumpamaan

    Sama cantik, sama padan; cocok benar.

  21. Bagai dakwat dengan kertas Perumpamaan

    Persahabatan yang sangat akrab

  22. Bagai dihiris dengan sembilu Perumpamaan

    Pedih sekali rasa hatinya.

  23. Bagai duri dalam daging Perumpamaan

    Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

  24. Bagai empedu lekat di hati Perumpamaan

    Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

  25. Bagai galah di tengah arus Perumpamaan

    Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

  26. Bagai isi dengan kuku Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  27. Bagai itik pulang petang Perumpamaan

    Berjalan lambat dan lamban.

  28. Bagai jawi terkurung siang Perumpamaan

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  29. Bagai jempuk kesiangan hari Perumpamaan

    Kebingungan; termenung-menung.

  30. Bagai kaca terhempas ke batu Perumpamaan

    Sangat sedih atau kecewa.

  31. Bagai kacang lupakan kulit Perumpamaan

    Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.

  32. Bagai kambing dihalau ke air Perumpamaan

    Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.

  33. Bagai kelip-kelip terbang malam Perumpamaan

    Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.

  34. Bagai kepiting batu Perumpamaan

    Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.

  35. Bagai kucing hilang anak Perumpamaan

    Bingung, kehilangan akal.

  36. Bagai kumbang putus tali Perumpamaan

    Amat cepat; terlepas daripada sengsara.

  37. Bagai lalang ditiup angin Perumpamaan

    Tidak tetap pendirian.

  38. Bagai langit dengan bumi Perumpamaan

    Dua hal atau perkara yang sangat jauh sekali perbezaannya.

  39. Bagai lebah menghimpun madu Perumpamaan

    Orang yang sangat rajin.

  40. Bagai lesung dengan antan Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  41. Bagai limau masam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  42. Bagai menantikan kucing bertanduk Perumpamaan

    Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

  43. Bagai menarik rambut di dalam tepung Perumpamaan

    Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

  44. Bagai menatang minyak yang penuh Perumpamaan

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

  45. Bagai mencencang air Perumpamaan

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  46. Bagai mencurah air di daun keladi Perumpamaan

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  47. Bagai mendukung biawak hidup Perumpamaan

    Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita.

  48. Bagai menelan mestika embun Perumpamaan

    Mendengar nasihat yang baik.

  49. Bagai mengajar itik berenang Perumpamaan

    Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.

  50. Bagai menjaga permata intan ketika dicanai Perumpamaan

    Kasih sayang yang tidak tertanding

  51. Bagai minyak dengan air Perumpamaan

    Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.

  52. Bagai murai dicabut ekor Perumpamaan

    Perempuan yang suka bercakap banyak.

  53. Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap Perumpamaan

    Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

  54. Bagai pahat dengan penukul Perumpamaan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  55. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan Perumpamaan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  56. Bagai panas mengandung hujan Perumpamaan

    Tertawa dalam kesusahan.

  57. Bagai pancang digoncang arus Perumpamaan

    Pendirian yang berubah-ubah dan tidak tetap.

  58. Bagai perahu karam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  59. Bagai pinang dibelah dua Perumpamaan

    Sama cantik dan sama sepadan.

  60. Bagai pungguk rindukan bulan Perumpamaan

    Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.

  61. Bagai puyu di air jernih Perumpamaan

    Senang hidupnya.

  62. Bagai rambut dibelah tujuh Perumpamaan

    Sedikit sekali.

  63. Bagai si kudung mendapat cincin Perumpamaan

    Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh.

  64. Bagai sotong dengan garam Perumpamaan

    Seseorang yang sangat mudah terpengaruh atau mudah dikendalikan.

  65. Bagai sotong kena air Perumpamaan

    Menggambarkan seseorang yang menjadi aktif dan lincah bila berada di dalam situasi atau keadaan yang sesuai.

  66. Bagai tikus membaiki labu Perumpamaan

    Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.

  67. Bagai wau putus teraju Perumpamaan

    Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.

  68. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Pepatah

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  69. Bagaimana contoh begitulah gubahannya Pepatah

    Sesuatu itu menurut asalnya.

  70. Bagaimana rupa begitulah bayangnya Pepatah

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  71. Bagi muka Simpulan Bahasa

    Memanjakan secara berlebihan.

  72. Bahasa menunjukkan bangsa

    Setiap tingkah laku atau tutur kata yang dilafazkan oleh seseorang itu dapat menunjukkan asal-usul keturunannya.

  73. Baik hati Simpulan Bahasa

    Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

  74. Baik sangka Simpulan Bahasa

    Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang.

  75. Bak anjing tersepit

    Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali.

  76. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

    Terlalu banyak pada sesuatu masa.

  77. Bak mentimun bengkok Perumpamaan

    Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

  78. Balik belakang lain bicara

    Mungkir janji.

  79. Bangkai bernyawa Simpulan Bahasa

    Seorang yang tidak berguna langsung.

  80. Bangkai gajah ditutup nyiru

    Kejahatan atau rahsia yang besar tidak dapat disembunyikan.

  81. Bangsa bermuka papan

    Tidak tahu malu.

  82. Banyak makan garam Simpulan Bahasa

    Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.

  83. Banyak mulut Simpulan Bahasa

    Orang yang banyak bercakap.

  84. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Pepatah

    Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain.

  85. Bapa borek anaknya rintik

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  86. Barang kemas Simpulan Bahasa

    Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.

  87. Barang yang dikata itulah kota

    Setiap perkataan yang diucapkan haruslah ditunaikan.

  88. Batu api Simpulan Bahasa

    Orang yang suka menghasut.

  89. Batu loncatan Simpulan Bahasa

    Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu.

  90. Batu penghalang

    Halangan

  91. Bau-bau bacang Simpulan Bahasa

    Tali persaudaraan yang jauh.

  92. Bawah angin Simpulan Bahasa

    Negera-negara di sebelah timur.

  93. Bekas tangan Simpulan Bahasa

    Hasil kerja tangan seseorang.

  94. Belah dada lihatlah hati

    Berkata benar.

  95. Belahan jiwa Simpulan Bahasa

    Kekasih hati, isteri

  96. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam

    Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.

  97. Belalang dapat menuai

    Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

  98. Belalang hendak menjadi helang

    Orang bodoh yang berlagak seperti orang besar.

  99. Belayar atas angin

    Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.

  100. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Pepatah

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  101. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  102. Belum bergigi sudah hendak menggigit

    Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.

  103. Belum berkilat sudah berkilau

    Perkara yang sudah terang atau jelas.

  104. Belum berkuku hendak mencubit

    Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.

  105. Belum bertaji hendak berkokok

    Belum berilmu sudah hendak menyombong.

  106. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang Pepatah

    Orang yang arif dan rajin.

  107. Belum duduk sudah berlunjur Bidalan

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  108. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  109. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Bidalan

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  110. Belum tahu di masin garam

    Belum ada pengalaman.

  111. Belum tahu di pedas lada

    Belum ada pengalaman.

  112. Belum tentu hilir mudiknya

    Belum ada keputusan.

  113. Belum tentu hitam putihnya

    Belum ada keputusan.

  114. Belut kena ranjau

    Orang yang cerdik kena tipu.

  115. Belut pulang ke lumpur Perumpamaan

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  116. Bengkok batang bengkoklah bayangnya

    Mengikut ajaran yang salah.

  117. Beradu nasib Simpulan Bahasa

    Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.

  118. Beradu tenaga Simpulan Bahasa

    Bertanding untuk menentukan siapa kuat.

  119. Beraja di hati, bersultan di mata

    Menuruti kehendak hati sendiri.

  120. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Bidalan

    Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu

  121. Beralih akal Simpulan Bahasa

    Berubah fikiran atau pendapat.

  122. Beralih angin Simpulan Bahasa

    Pergi ke susatu tempat yang lain untuk berehat.

  123. Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah Pepatah

    Tidak menepati janji.

  124. Berani lalat Simpulan Bahasa

    Pura-pura berani.

  125. Berani mati Simpulan Bahasa

    Sangat tekad.

  126. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul Pepatah

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  127. Berapa panjang sarung begitulah kerisnya

    Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.

  128. Berat hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.

  129. Berat hati beratlah tulang

    Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

  130. Berat mulut Simpulan Bahasa

    Tidak suka berkata-kata, pendiam

  131. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang.

  132. Berat sebelah Simpulan Bahasa

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  133. Berat tulang Simpulan Bahasa

    Orang yang malas bekerja.

  134. Berbual di alang, belayar di luar musim Bidalan

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  135. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali Bidalan

    Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat.

  136. Berbulu mata melihat

    Sangat benci.

  137. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang Bidalan

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  138. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar Bidalan

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  139. Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

    Sama taraf atau sejajar antara dua pihak.

  140. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

    Sama setaraf.

  141. Bergantung di hujung kuku

    Dalam keadaan yang sangat berbahaya.

  142. Bergantung pada akar lapuk

    Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.

  143. Bergantung pada tali rapuh

    Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

  144. Bergurindam di tengah rimba

    Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

  145. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi Perumpamaan

    Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

  146. Berhakim kepada beruk

    Meminta keadilan kepada seseorang yang tamak dan akhirnya kedua-dua pihak mendapat kerugian.

  147. Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh Bidalan

    Setiap sesuatu hendaklah wajar pada tempatnya.

  148. Beri jalan Simpulan Bahasa

    Memberikan idea atau peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan.

  149. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak Bidalan

    Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.

  150. Berkatalah benar walaupun pahit

    Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang

  151. Berkayuh sambil bertimba

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  152. Berkayuh sambil ke hilir

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  153. Berkeras tidak berkeris

    Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.

  154. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang Perumpamaan

    Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.

  155. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut Pepatah

    Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

  156. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak Pepatah

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  157. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang Pepatah

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

  158. Berkotakan betis

    Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.

  159. Berkuah air mata

    Selalu menderita susah.

  160. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek Pepatah

    Persahabatan yang sangat karib.

  161. Berkubu sebelum alah

    Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

  162. Berlindung di balik telunjuk

    Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

  163. Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali Pepatah

    Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

  164. Bermuka dua Simpulan Bahasa

    Tidak jujur.

  165. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  166. Berniaga di hujung lidah

    Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.

  167. Beroleh sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  168. Berpantang mati sebelum ajal

    Seseorang itu tidak semestinya akan meninggal dunia apabila telah tua kerana Tuhan yang menentukan segala-galanya.

  169. Berpantang maut sebelum ajal

    Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.

  170. Berpatah arang, berkerat rotan

    Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

  171. Berpaut tidak bertali

    Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).

  172. Berpeluk tubuh Simpulan Bahasa

    Malas berusaha

  173. Berputih mata Simpulan Bahasa

    Kalah dalam sesuatu persaingan

  174. Bersatu teguh, bercerai roboh

    Kalau bersatu menjadi kuat tetapi sekiranya berpecah akan menjadi lemah.

  175. Bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai

    Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita.

  176. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati Pepatah

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  177. Bertemu beliung dengan ruyung

    Bertemu dengan lawan yang sepadan.

  178. Bertemu buku dengan ruas

    Bertemu dengan lawan yang sepadan.

  179. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    Perselisihan atau keeratan persahabatan itu datangnya daripada kedua-dua belah pihak.

  180. Bertikam lidah Simpulan Bahasa

    Bertengkar.

  181. Besar hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi.

  182. Besar kapal, besarlah gelombang

    Makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yang menimpa.

  183. Besar kayu, besarlah dahannya

    Apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya.

  184. Besar kepala Simpulan Bahasa

    Seseorang yang sombong dan angkuh.

  185. Besar pasak daripada tiang

    Besar belanja daripada pendapatan

  186. Besar periuk, besarlah keraknya

    Kalau berpendapatan besar, perbelanjaan pun besar.

  187. Besar suap daripada mulut

    Belanja yang lebih besar daripada pendapatan.

  188. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati Bidalan

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  189. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Bidalan

    Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

  190. Biar lambat asalkan selamat Bidalan

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  191. Biar mati anak, jangan mati adat Bidalan

    Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.

  192. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Bidalan

    Rahsia hendaklah di simpan.

  193. Biar pecah perut, bumi merekah

    Menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu.

  194. Biar putih tulang, jangan putih mata Bidalan

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  195. Biar titik, jangan tumpah Bidalan

    Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

  196. Biawak kudung masuk kampung

    Orang jahat yang dikenal ramai.

  197. Bidan terjun Simpulan Bahasa

    Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba.

  198. Biduk lalu kiambang bertaut Pepatah

    Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

  199. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi Bidalan

    Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

  200. Buah bibir Simpulan Bahasa

    Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang.

  201. Buah fikiran Simpulan Bahasa

    Pendapat

  202. Buah hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang dikasihi atau kekasih.

  203. Buah tangan Simpulan Bahasa

    Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang.

  204. Buaian diayun anak dicubit

    Menutup kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.

  205. Buang yang keruh, ambil yang jernih Bidalan

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

  206. Buaya darat Simpulan Bahasa

    Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.

  207. Bukan tanah menjadi padi

    Bukan tempatnya untuk berbuat baik.

  208. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Pepatah

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  209. Bukit sudah menjadi busut

    Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

  210. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bidalan

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  211. Bulat kata Simpulan Bahasa

    Sepakat dah sehati.

  212. Bumi dipijak, langit dijunjung

    Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan.

  213. Bumi mana yang tak kena hujan

    Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan ataupun kesusahan.

  214. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

    Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.

  215. Buruk perut Simpulan Bahasa

    Kuat makan

  216. Buruk siku Simpulan Bahasa

    Sudah diberi, diambil balik

  217. Burung terbang dipipiskan lada Pepatah

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  218. Buta hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak mempunyai belas kasihan atau seseorang yang bengis.

  219. Buta huruf Simpulan Bahasa

    Tidak tahu membaca