PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf C

Senarai 51 peribahasa Melayu bermula dengan huruf C, lengkap dengan maksud.

  1. Cacing hendak menjadi naga

    Orang yang kecil-kecil hendak menjadi orang yang besar-besar.

  2. Cacing naik ke mata Simpulan Bahasa

    Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

  3. Cahaya mata Simpulan Bahasa

    Anak

  4. Cakak sudah, silat teringat

    Perkara yang sudah selesai, barulah terdengar rungutan atau keterangan.

  5. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar

    Cakap sahaja besar tetapi satu pekerjaan pun tidak terbuat.

  6. Cakap berdegar-degar, tumit di keting

    Orang yang bercakap besar tetapi penakut.

  7. cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada

    Cakap seperti orang kaya padahal miskin.

  8. Cakap besar Simpulan Bahasa

    Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

  9. Cakap kosong Simpulan Bahasa

    Percakapan yang tidak bermakna.

  10. Cakapan sejengkal dibawa sehasta

    Perkara yang kecil diperbesarkan-besarkan.

  11. Cakar ayam Simpulan Bahasa

    Tulisan yang sangat buruk.

  12. Calak ganti asah, menanti tukang belum datang Pepatah

    Menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja).

  13. Calak-calak ganti asah

    Barang apa yang dipakai untuk sementara sebelum ada yang lebih baik.

  14. Campak baju nampak kurap

    Mendedahkan keburukan diri sendiri.

  15. Campur tangan Simpulan Bahasa

    Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain

  16. Cari jalan Simpulan Bahasa

    Mencari ikhtiar, usaha dan idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

  17. Cari umbut dapat buku

    Cari yang baik, dapat yang tidak berguna.

  18. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Pepatah

    Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

  19. Cekarau besar liang

    Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.

  20. Cekel berhabis, lapuk berteduh

    Terlampau kedekut pun tidak ada faedahnya kerana akhirnya harta itu akan habis juga.

  21. Cekur jerangau berbau lagi

    Masih belum matang atau muda benar.

  22. Celaka ayam, padi masak makan ke hutan

    Nasib yang malang.

  23. Celik komputer Simpulan Bahasa

    Arif atau tahu tentang komputer

  24. Cencang dua segeragai

    Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.

  25. Cencang terdadik jadi ukir

    Kesalahan yang tidak disengajakan tetapi membawa kebaikan.

  26. Cencaru makan petang

    Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.

  27. Cepat kaki ringan tangan

    Rajin dan giat.

  28. Cepat tangan Simpulan Bahasa

    Suka mencuri

  29. Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

    Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu cepat ingin membuatnya.

  30. Cerdik bagai ekor kerbau Perumpamaan

    Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

  31. Cerdik membuang kawan

    Orang kaya atau pintar yang tidak mahu menolong sahabatnya.

  32. Cerdik tak berakal

    Pandai tetapi belum berbudi halus.

  33. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit Pepatah

    Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.

  34. Cicir dipungut, hilang dicari

    Jangan melakukan pembaziran.

  35. Cik puan melangkah ular tak lepas

    Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

  36. Cincin emas takkan tampan bermata kaca

    Gadis yang elok lagi hartawan tidak akan sejodoh dengan lelaki yang miskin lagi hodoh.

  37. Cinta buta

    Cinta tidak mengira sesiapa.

  38. Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak

    Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencela orang lain.

  39. Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya

    Setiap orang akan suka dan melebihkan keluarga sendiri berbanding dengan orang lain.

  40. Condong yang akan menimpa

    Pekerjaan yang mendatangkan celaka.

  41. Condong yang menongkat, rebah yang menegak

    Ketua yang membantu anak buah atau rakyatnya jika mereka dalam kesusahan.

  42. Contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang

    Sesuatu yang hendak ditiru itu mestilah diambil daripada contoh yang dapat memberikan hasil yang baik.

  43. Corak kain mengikut kehendak penenunnya

    Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

  44. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri

    Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.

  45. Cubit daging sendiri sebelum mencabut daging orang

    Fikirkan dahulu sebelum menyakiti orang lain.

  46. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga Pepatah

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  47. Cupak asli bukan buatan

    Adat turun-temurun, bukan adat yang baru dibuat.

  48. Cupak diubah orang datang

    Adat yang telah diubah oleh orang asing atau pendatang.

  49. Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang

    Telah lama adat atau cara-cara tentang sesuatu pekerjaan.

  50. Cupak tegak yang diisi

    Aturan yang masih diamalkan, itulah yang dipatuhi.

  51. Curi tulang Simpulan Bahasa

    Pemalas; mengelat semasa membuat kerja.