PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf D

Senarai 64 peribahasa Melayu bermula dengan huruf D, lengkap dengan maksud.

  1. Dalam dua tengah tiga

    Tidak jujur.

  2. Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu Pepatah

    Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

  3. Dalam menunduk dia menyonggeng

    Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.

  4. Dalam rumah membuat rumah

    Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

  5. Dalam tangan Simpulan Bahasa

    Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

  6. Dapat harta karun

    Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

  7. Dapat harta timbul

    Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

  8. Dapat sama laba, cicir sama rugi

    Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

  9. Dapur tidak berasap

    Terlalu miskin.

  10. Darah daging Simpulan Bahasa

    Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah.

  11. Darah muda Simpulan Bahasa

    Semangat atau perasaan orang muda.

  12. Darah panas Simpulan Bahasa

    Pemarah, lekas marah

  13. Darah seni Simpulan Bahasa

    Bakat semula jadi dalam bidang seni

  14. Darah setampuk pinang Perumpamaan

    Belum berpengalaman.

  15. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada Pepatah

    Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

  16. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah Pepatah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  17. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga Pepatah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  18. Daripada segenggam jadi segantang

    Bernasib baik.

  19. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar

    Tetamu yang tidak penting.

  20. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  21. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

    Segala-gala yang dikehendaki dan diperlukan sudah diperoleh dan dalam keadaan bersiap sedia.

  22. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk

    Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

  23. Dekat tak tercapai, jauh tak berantara

    Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

  24. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  25. Di bawah ketiak orang

    Berada dibawah kekuasaan orang lain.

  26. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu Perumpamaan

    Lahirnya baik, batinnya jahat.

  27. Di mana ada gula, di situ ada semut

    Di mana tempat yang mempunyai kesenangan atau kenikmatan, tentu ramai yang akan mengunjunginya.

  28. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

  29. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal Pepatah

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  30. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh Pepatah

    Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

  31. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Pepatah

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  32. Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak Pepatah

    Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.

  33. Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti Pepatah

    Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.

  34. Diam penggali Simpulan Bahasa

    Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.

  35. Diam-diam ubi Simpulan Bahasa

    Seseorang yang pendiam tetapi banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan rajin.

  36. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Pepatah

    Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.

  37. Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur Perumpamaan

    Orang yang sangat dimuliakan.

  38. Dibakar tak hangus, direndam tak basah

    Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.

  39. Diberi betis hendak paha

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  40. Diberi bunga dibalas tahi

    Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

  41. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa Pepatah

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  42. Dibilang genap, dipapar ganjil

    Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.

  43. Didengar ada, dipakai tidak Pepatah

    Nasihat yang sia-sia.

  44. Digantung tidak bertali

    Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.

  45. Digantung tinggi, dibuang jauh

    Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

  46. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  47. Dihujani kering, dijemur basah

    Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.

  48. Dikati sama berat, diuji sama merah

    Pangkat atau kedudukan yang sama.

  49. Dikembar seperti benang Perumpamaan

    Perempuan yang menduakan suaminya.

  50. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar Pepatah

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.

  51. Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan

    Zahirnya nampak untung tetapi sebenarnya rugi

  52. Dipandang dekat, dicapai tak dapat

    Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

  53. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa Pepatah

    Kelakuan yang tidak senonoh.

  54. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu Pepatah

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  55. Direbus tak empuk, direndam tak basah

    Sangat sukar dikalahkan.

  56. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari Pepatah

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

  57. Ditambat tidak bertali

    Hidup di luar nikah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.

  58. Ditelan mati emak, diluah mati bapa Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  59. Diuji sama merah, dikati sama berat

    Sudah sepadan benar.

  60. Dua kali lima Simpulan Bahasa

    Sama saja.

  61. Dulu besi, sekarang timah

    Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.

  62. Dulu timah, sekarang besi

    Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

  63. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa Pepatah

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  64. Durian runtuh Simpulan Bahasa

    Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.