Peribahasa Bermula dengan Huruf G
Senarai 33 peribahasa Melayu bermula dengan huruf G, lengkap dengan maksud.
-
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya
Pepatah
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
-
Gagak lalu punggur rebah
Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.
-
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Pepatah
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
-
Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah
Pepatah
Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan
-
Gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga
Pepatah
Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).
-
Gajah mati kerana gadingnya
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
-
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Pepatah
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
-
Gajah mati tulang setimbun
Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.
-
Gajah rompong belalai
Raja yang tidak berkuasa atau hilang kuasa.
-
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah
Pepatah
Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.
-
Gajah seekor, gembala dua
Sesuatu pekerjaan atau urusan yang melibatkan perkara besar, dikemudi atau dibimbing oleh dua orang ketua.
-
Gaji buta
Mendapat gaji tanpa perlu bekerja atau besusah payah.
-
Gali lubang menutup lubang
Meminjam wang untuk membayar hutang.
-
Ganti rugi
Simpulan Bahasa
Bayaran atau pampasan yang dibuat atas kerugian atau kerosakan.
-
Ganti tikar
Simpulan Bahasa
Berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal.
-
Gantung tak bertali, salai tak berapi
Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.
KOMIK PERIBAHASALihat produk →Pilihan kami
-
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Pepatah
Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.
-
Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga
Pepatah
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
-
Garam dikulum tak hancur
Orang yang pandai menyimpan rahsia.
-
Gayung bersambut, kata berjawab
Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
-
Gelegar buluh
Simpulan Bahasa
Bercakap besar tetapi kosong.
-
Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Bidalan
Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.
-
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan
Pepatah
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.
-
Genting menanti putus, biang menanti tembuk
Pepatah
Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
-
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga
Pepatah
Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
-
Golok kayu
Simpulan Bahasa
Orang bodoh yang berlagak pandai.
-
Goyang kaki
Simpulan Bahasa
Bersenang-senang.
-
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
Pepatah
Perbuatan yang tidak sempurna.
-
Gulung tikar
Simpulan Bahasa
Muflis; menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.
-
Gunting dalam lipatan
Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari
-
Gunting makan di hujung
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
-
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
Apabila seorang guru itu mengajar sesuatu yang tidak baik, ia sangat mudah ditiru oleh muridnya.
-
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau
Kemalangan berlaku tanpa disedari terlebih dahulu.