PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf H

Senarai 61 peribahasa Melayu bermula dengan huruf H, lengkap dengan maksud.

  1. Habis akal Simpulan Bahasa

    Bingung dan tidak tahu apa harus dilakukan lagi.

  2. Habis akal baru tawakal

    Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar.

  3. Habis kapak berganti beliung

    Sangat rajin bekerja.

  4. Habis madu sepah dibuang

    Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

  5. Habis manis sepah dibuang

    Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.

  6. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga Bidalan

    Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

  7. Hancur hati Simpulan Bahasa

    Sedih, putus asa

  8. Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

  9. Hangat-hangat tahi ayam

    Seseorang yang tidak kuat kemahuan atau pendiriannya.

  10. Hangus tiada berapi, karam tiada berair

    Menderita kesusahan yang amat sangat

  11. Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

  12. Harapkan pagar, pagar makan padi

    Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.

  13. Harapkan pancing, pancing makan umpan

    Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.

  14. Harga diri Simpulan Bahasa

    Maruah, kehormatan diri

  15. Harimau mati kerana belangnya

    Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

  16. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Pepatah

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  17. Harimau menunjukkan belangnya

    Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

  18. Haruan pulang ke lubuk

    Perantau yang kembali ke tempat asal.

  19. Hati batu Simpulan Bahasa

    Orang yang degil.

  20. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Pepatah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  21. Hati hendak semua jadi Pepatah

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  22. Hati kecil Simpulan Bahasa

    Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

  23. Hempas tulang tak berbalas jasa

    Berpenat lelah tetapi tidak ada hasilnya.

  24. Hempas tulang, berisi perut

    Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

  25. Hendak bertanduk kepala dipahat

    Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

  26. Hendak masak langsung hangus

    Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

  27. Hendak mencapai tangan tak sampai

    Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.

  28. Hendak mendapat pisang terkupas

    Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.

  29. Hendak mengayuh perahu tertambat

    Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.

  30. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Pepatah

    Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.

  31. Hendak terbang tiada bersayap

    Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

  32. Hidung dicium, pipi digigit

    Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

  33. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

    Suka ikut campur dalam urusan orang lain walaupun tidak diajak; menonjol-nonjolkan diri.

  34. Hidung tinggi Simpulan Bahasa

    Sombong.

  35. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

    Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik.

  36. Hidup dua muara

    Hidup dengan dua macam pencarian.

  37. Hidup segan mati tak mahu

    Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

  38. Hilang adat tegal muafakat

    Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

  39. Hilang akal Simpulan Bahasa

    Seseorang yang hilang fikiran atau gila.

  40. Hilang bahasa lenyap bangsa

    Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

  41. Hilang di mata di hati jangan

    Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

  42. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas

    Lain orang yang berbakti, lain pula orang yang dipuji.

  43. Hilang kabus, teduh hujan

    Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.

  44. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

    Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

  45. Hilang kilat dalam kilau

    Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.

  46. Hilang tukul hilanglah pahat

    Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

  47. Hinggap bak langau, titik bak hujan

    Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).

  48. Hujan berpohon, panas berasal

    Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.

  49. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri Bidalan

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  50. Hujan jatuh ke pasir Perumpamaan

    Berbuat baik tidak pada tempatnya.

  51. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup Pepatah

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  52. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung Pepatah

    Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

  53. Hujung lurus, pangkal berkait

    Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.

  54. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda Pepatah

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  55. Hukum yang rata, adat yang datar

    Sesuatu yang sama baiknya.

  56. Hulu malang pangkal celaka

    Permulaan segala bencana.

  57. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  58. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati Pepatah

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  59. Hutang kayu ara

    Hutang yang tak mungkin terbayar.

  60. Hutang keliling pinggang

    Sangat banyak hutangnya.

  61. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.