PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf I

Senarai 25 peribahasa Melayu bermula dengan huruf I, lengkap dengan maksud.

  1. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan Perumpamaan

    Sangat miskin.

  2. Ibarat beban sudah ke tepi Perumpamaan

    Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat.

  3. Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang Perumpamaan

    Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.

  4. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung Pepatah

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  5. Ibarat melukut di tepi gantang Perumpamaan

    Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

  6. Ibarat telur di hujung tanduk Perumpamaan

    Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

  7. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Perumpamaan

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  8. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  9. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  10. Ikat perut Simpulan Bahasa

    Berjimat makan dan minum

  11. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta Pepatah

    Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.

  12. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk Bidalan

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  13. Ilmu itu pelita hati

    Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

  14. Ilmu padi, makin berisi makin runduk Bidalan

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  15. Indah khabar dari rupa

    Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.

  16. Ingat sebelum kena, hemat sebelum habis

    Kita hendaklah beringat dahulu agar tidak terpedaya dan agar harta tidak habis dengan sewenang-wenangnya.

  17. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

    Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

  18. Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa Pepatah

    Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

  19. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak Pepatah

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

  20. Ini hari orang, besok hari kita

    Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)

  21. Intan disangkakan batu kelikir

    Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.

  22. Isi hati Simpulan Bahasa

    Perasaan; apa-apa yang terfikir.

  23. Itik berenang mati kehausan

    Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.

  24. Itik bertaji Simpulan Bahasa

    Orang yang penakut tapi sombong.

  25. Itik tak sudu, ayam tak patuk

    Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.