PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf J

Senarai 39 peribahasa Melayu bermula dengan huruf J, lengkap dengan maksud.

  1. Jadi air mandi

    Sudah jadi kebiasaan.

  2. Jadi bumi langit

    Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.

  3. Jalan raya titian batu

    Adat yang belum berubah-ubah.

  4. Jalan tengah Simpulan Bahasa

    Sesuatu keputusan yang dibuat tanpa adanya berat sebelah antara kedua-dua pihak.

  5. Jambatan emas Simpulan Bahasa

    Jalan mencapai bahagia.

  6. Janda berhias Simpulan Bahasa

    Janda yang belum beranak.

  7. Jangan bercermin di air keruh Bidalan

    Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

  8. Jangan bersandar di batang rengas

    Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

  9. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak Bidalan

    Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

  10. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis Pepatah

    Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  11. Jangan merempuh sarang lebah

    Bahaya jangan dicari-cari.

  12. Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat Pepatah

    Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.

  13. Janji sampai, sukatan penuh

    Sudah sampai ajal.

  14. Jantung hati Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi.

  15. Jarum halus kelindan sutera

    Tipu muslihat yang sangat halus.

  16. Jatuh berjolok Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

  17. Jatuh berkait Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

  18. Jatuh hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan.

  19. Jauh bau bunga, dekat bau tahi

    Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.

  20. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa Pepatah

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  21. Jauh di mata, dekat di hati

    Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.

  22. Jauh di mata, jauhlah di hati

    Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

  23. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

    Bercakap besar di belakang-belakang saja.

  24. Jauh panggang dari api

    Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

  25. Jauhari juga yang mengenal manikam Perumpamaan

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  26. Jejak keruh Simpulan Bahasa

    Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.

  27. Jejak langkah Simpulan Bahasa

    Mencontohi perbuatan seseorang.

  28. Jelatang di hulu air

    Perkara yang selalu menyusahkan.

  29. Jerat halus kelindan sutera

    Tipu muslihat yang sangat halus.

  30. Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat Pepatah

    Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

  31. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba Pepatah

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.

  32. Jika baik ada cacatnya

    Tidak ada yang sempurna benar.

  33. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut

    Yang jahat itu tetap jahat.

  34. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan Pepatah

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  35. Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai Pepatah

    Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

  36. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya Bidalan

    Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.

  37. Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya Pepatah

    Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

  38. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah Pepatah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

  39. Jinak-jinak merpati

    Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak