PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf K

Senarai 97 peribahasa Melayu bermula dengan huruf K, lengkap dengan maksud.

  1. Kacang hantu Simpulan Bahasa

    Orang jahat dan suka mengganggu orang lain.

  2. Kaduk kena baja

    Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

  3. Kaduk naik junjung

    Orang hina merasa dirinya mulia.

  4. Kain jadi basahan

    Jatuh melarat.

  5. Kain sehelai berganti-ganti

    Suami isteri yang miskin.

  6. Kain sehelai sepinggang habis

    Mengalami kerugian atau kecurian.

  7. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Pepatah

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.

  8. Kaki ayam Simpulan Bahasa

    Tidak memakai kasut.

  9. Kaki bangku Simpulan Bahasa

    Tidak tahu bemain misalnya bola

  10. Kaki botol Simpulan Bahasa

    Orang yang pemabuk.

  11. Kaki joli Simpulan Bahasa

    Orang yang suka berfoya-foya

  12. Kaki lima Simpulan Bahasa

    Kawasan laluan di hadapan bangunan

  13. Kaki tangan Simpulan Bahasa

    Orang kepercayaan atau pembantu.

  14. Kalah jadi abu, menang jadi arang

    Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

  15. Kalau ada asap, tentu ada api

    Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.

  16. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau Bidalan

    Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

  17. Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan Pepatah

    Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.

  18. Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi

    Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.

  19. Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara Pepatah

    Jawab yang benar dan tepat.

  20. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari Pepatah

    Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

  21. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya Bidalan

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  22. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Bidalan

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  23. Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu Pepatah

    Perkara yang mustahil.

  24. Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan

    Kalau lapar, tentulah tidak dapat melakukan pekerjaan.

  25. Kalau tak ada api, masakan ada asap

    Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.

  26. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Pepatah

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  27. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang Pepatah

    Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

  28. Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi Pepatah

    Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.

  29. Kalau tiada padi, sebarang kerja tak jadi

    Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.

  30. Kalau tiada rotan, akar pun berguna Pepatah

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

  31. Kambing hitam Simpulan Bahasa

    Orang yang dipersalahkan.

  32. Kapak menelan beliung

    Yang baik ditukar dengan yang buruk.

  33. Kapal satu nakhoda dua

    Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.

  34. Karam berdua basah seorang

    Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.

  35. Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah Pepatah

    Kesedihan kerana kematian kekasih.

  36. Karam tidak berair

    Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

  37. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan Pepatah

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  38. Kasih sepantun tulisan pinggan

    Kasih yang tak hilang-hilang.

  39. Kata biarlah kota

    Janji hendaklah ditepati.

  40. Kata periuk belanga hitam

    Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.

  41. Kata putus Simpulan Bahasa

    Ketentuan terakhir; keputusan rundingan.

  42. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan Pepatah

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  43. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

    Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

  44. Katak di bawah tempurung Perumpamaan

    Orang yang sangat cetek pengetahuannya mengenai dunia luar.

  45. Katak ditimpa kemarau Perumpamaan

    Berkeluh kesah dengan tidak keruan.

  46. Kayu bengkok, masakan lurus bayangnya

    Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

  47. Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut Pepatah

    Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.

  48. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah Pepatah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  49. Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar

    Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.

  50. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari Pepatah

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  51. Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata

    Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.

  52. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

    Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.

  53. Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya Pepatah

    Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

  54. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

    Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.

  55. Kebenaran di hujung lidah

    Tidak ada keadilan.

  56. Kecil anak besar onak

    Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

  57. Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan Pepatah

    Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

  58. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah Pepatah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

  59. Kecil hati Simpulan Bahasa

    Berasa tersinggung

  60. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa Bidalan

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

  61. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

    Seseorang yang sangat berterima kasih atas pertolongan ataupun nasihat yang diberikan oleh seseorang.

  62. Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa

    Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.

  63. Kecil umpan besar ikan

    Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

  64. Kecil-kecil anak harimau Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  65. Kecil-kecil cabai rawit Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  66. Kecil-kecil cili padi Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  67. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung Pepatah

    Biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut

  68. Kecil-kecil pun api

    Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.

  69. Kemudi patah perahu tembuk

    Kemalangan yang silih berganti.

  70. Kena parang bermata dua

    Sangat menyakitkan perasaan hati.

  71. Kepala batu Simpulan Bahasa

    Seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat.

  72. Kera dapat bunga Perumpamaan

    Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan; tidak menghargai pemberian orang lain.

  73. Kera menjadi monyet

    Tiada bezanya.

  74. Kerana mata buta, kerana hati mati

    Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

  75. Kerana mulut badan binasa

    Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

  76. Keras bagai batu, tinggi bagai langit Perumpamaan

    Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.

  77. Keras lidah Simpulan Bahasa

    Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

  78. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya Bidalan

    Janji mesti ditepati.

  79. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan

    Tidak akan berjaya orang yang suka melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan.

  80. Ketam batu Simpulan Bahasa

    Kedekut

  81. Ketawa raja Simpulan Bahasa

    Ketawa tetapi dalam kesedihan.

  82. Khabar angin Simpulan Bahasa

    Sesuatu khabar atau berita yang belum pasti akan kebenarannya.

  83. Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan Pepatah

    Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

  84. Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

    Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

  85. Kita bawa jarum, dia sambut dengan gunting

    Kita berusaha untuk bersatu padu, dia pula mahu berpecah.

  86. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar Pepatah

    Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

  87. Kuat ketam kerana kepit, kuat burung kerana sayap

    Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

  88. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah Pepatah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  89. Kubur kata mari, rumah kata pergi

    Orang yang sudah lanjut usianya.

  90. Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi

    Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

  91. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa Pepatah

    Orang yang melihat sesuatu masalah sukar untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi oleh orang yang melaluinya.

  92. Kukuran timah Simpulan Bahasa

    Tindakan khianat

  93. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak Pepatah

    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

  94. Kura-kura di atas dahan

    Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.

  95. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu Bidalan

    Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

  96. Kurang asam Simpulan Bahasa

    Kurang sopan.

  97. Kusut di hujung balik ke pangkal

    Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya.