PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf L

Senarai 44 peribahasa Melayu bermula dengan huruf L, lengkap dengan maksud.

  1. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni Pepatah

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  2. Lagi murah, lagi ditawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

  3. Lain dahulu, lain sekarang

    Masa telah mengubahkan seseorang dan langkahnya juga turut berlainan.

  4. Lain di mulut, lain di hati

    Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.

  5. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

    Masing-masing orang dengan kesukaannya.

  6. Lain lubuk, lain ikannya

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

  7. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam Pepatah

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

  8. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat Pepatah

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  9. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan Pepatah

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

  10. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak Perumpamaan

    Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

  11. Laksana pohon kayu tiada berbuah Perumpamaan

    Ilmu yang tiada diamalkan.

  12. Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul

    Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.

  13. Langkah bendul Simpulan Bahasa

    Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.

  14. Langkah kanan Simpulan Bahasa

    Bernasib baik.

  15. Langkah seribu Simpulan Bahasa

    Melarikan diri kerana ketakutan.

  16. Lapang dada Simpulan Bahasa

    Berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar.

  17. Laut budi tepian akal

    Orang cerdik pandai atau cendekiawan.

  18. Laut ditimba tak akan kering Bidalan

    Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

  19. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan Pepatah

    Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

  20. Laut rembang Simpulan Bahasa

    Tengah laut

  21. Layang-layang putus talinya

    Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.

  22. Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga Pepatah

    Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

  23. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai Bidalan

    Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

  24. Lembik bagai sotong Perumpamaan

    Menggambarkan seseorang yang lemah semangat atau tidak berdaya.

  25. Lembu dogol jangan dibalun

    Orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya.

  26. Lembu punya susu, sapi dapat nama

    Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.

  27. Lempar batu sembunyi tangan

    Orang yang khianat dan tidak mengakui akan kesalahannya.

  28. Lepas tangan Simpulan Bahasa

    Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

  29. Lidah bercabang

    Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

  30. Lidah biawak Simpulan Bahasa

    Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

  31. Lidah tidak bertulang

    Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.

  32. Lidahnya masin Simpulan Bahasa

    Perkataannya diturut, permintaannya diterima.

  33. Lihat anak pandang menantu

    Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.

  34. Limau masak sebelah, perahu karam sekerat

    Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  35. Lintah darat Simpulan Bahasa

    Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

  36. Lubuk akal lautan ilmu

    Sangat luas dan banyak pengetahuan.

  37. Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk

    Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

  38. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu Pepatah

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  39. Lulus jarum, lulus kelindan

    Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.

  40. Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari

    Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong.

  41. Lunak gigi daripada lidah

    Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

  42. Lupa daratan Simpulan Bahasa

    Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

  43. Lurah dituruni, bukit didaki

    Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.

  44. Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki

    Teramat tua dan daif.