PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf M

Senarai 74 peribahasa Melayu bermula dengan huruf M, lengkap dengan maksud.

  1. Mabuk di enggang lalu

    Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

  2. Macam belangkas Perumpamaan

    Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.

  3. Macam betung seruas Perumpamaan

    Terlalu jujur; lurus hati

  4. Macam kikir besi Perumpamaan

    Orang kaya yang kedekut

  5. Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta Perumpamaan

    Sesuatu yang amat susah diperoleh.

  6. Main akal Simpulan Bahasa

    Mengenakan tipu daya.

  7. Makan angin Simpulan Bahasa

    Menghirup udara yang baik untuk kesihatan badan atau seseorang yang berjalan-jalan menghabiskan cutinya berehat.

  8. Makan angkat Simpulan Bahasa

    Orang yang suka dipuji.

  9. Makan bubur panas-panas

    Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

  10. Makan di luar berak di dalam

    Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.

  11. Makan hati berulam jantung

    Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

  12. Makan suap Simpulan Bahasa

    Menerima rasuah.

  13. Makin murah, makin menawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

  14. Malam berselimut embun, siang bertudung awan Pepatah

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

  15. Malang tak berbau

    Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

  16. Malas bergarit, perut perit

    Malas berusaha tentulah kelaparan.

  17. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut Bidalan

    Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

  18. Malu-malu kucing

    Pura-pura malu

  19. Mamah dulu kemudian telan

    Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.

  20. Mandi kerbau Simpulan Bahasa

    Mandi tidak bersih.

  21. Mandi peluh Simpulan Bahasa

    Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh.

  22. Mandi tak basah Simpulan Bahasa

    Orang yang keras hati; terlalu rindu.

  23. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang Bidalan

    Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.

  24. Marahkan nyamuk kelambu dibakar

    Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.

  25. Marahkan telaga kering, timba dipecahkan

    Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula.

  26. Masak durian, masak manggis

    Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

  27. Masak malam mentah pagi

    Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

  28. Masin lagilah garam sendiri

    Sanak saudara atau kerabat lebih dipentingkan/diutamakan dibandingkan orang lain.

  29. Masuk ambung tak masuk bilang

    Kalau mengerjakan sesuatu yang besar, yang kecil-kecil tidak diperhatikan.

  30. Masuk bakul angkat sendiri

    Orang yang suka memuji atau meninggikan diri.

  31. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak Pepatah

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

  32. Masuk lima keluar sepuluh

    Belanja yang lebih besar daripada pendapatan.

  33. Masuk sarang harimau

    Termasuk ke dalam bahaya besar.

  34. Masuk tak genap, keluar tak ganjil

    Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.

  35. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri Pepatah

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  36. Mata hati Simpulan Bahasa

    Perasaan hati

  37. Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan Pepatah

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  38. Mata petai Simpulan Bahasa

    Tidak dapat melihat dengan betul.

  39. Mati beragan Simpulan Bahasa

    Mati kerana patah hati, membunuh diri.

  40. Mati katak Simpulan Bahasa

    Mati dengan sia-sia

  41. Mati kutu Simpulan Bahasa

    Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

  42. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

    Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

  43. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit Perumpamaan

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.

  44. Melepaskan batuk di tangga Bidalan

    Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.

  45. Membaca jambatan ilmu

    Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

  46. Membanting tulang

    Bekerja keras

  47. Memberi barang kepada kera

    Mempercayai orang yang tidak patut dipercayai.

  48. Memberi garam kepada laut Bidalan

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  49. Memberi lauk kepada orang membantai Bidalan

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  50. Membuang garam ke laut Bidalan

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  51. Membujur lalu, melintang patah Pepatah

    Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

  52. Membuka pekung di dada

    Mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri

  53. Menahan lukah di pergentingan

    Mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain.

  54. Menangguk di air keruh

    Mencari keuntungan sementara ada kekacauan.

  55. Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

    Baru hendak belajar sesuatu

  56. Mencabut harus dengan akar-akarnya

    Sekiranya kita hendak membasmi sesuatu kejahatan, hendaklah dihapuskan puncanya.

  57. Mencolok mata Simpulan Bahasa

    Menyakitkan pandangan

  58. Menconteng arang di muka

    Perbuatan memberi malu / aib.

  59. Menegakkan sumpit tak berisi

    Orang bodoh (miskin) yang berlagak pandai (kaya)

  60. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri Pepatah

    Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.

  61. Mengaburi mata orang

    Seseorang yang menipu atau membodohkan orang.

  62. Mengangkat bendera putih

    Menyerah kalah

  63. Mengepit kepala harimau

    Menggunakan kuasa orang lain untuk menakutkan orang lain

  64. Mengikut telunjuk

    Mengikut arahan tanpa usul periksa.

  65. Mengusik anjing tidur

    Sengaja mencari bahaya atau kesusahan.

  66. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang Pepatah

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  67. Menjolok sarang tebuan

    Sengaja mencari bahaya atau kesusahan.

  68. Menunggu buah yang tak gugur

    Mengharapkan sesuatu yang tak jelas.

  69. Minta diri Simpulan Bahasa

    Minta izin untuk beredar

  70. Muka tembok Simpulan Bahasa

    Orang yang tidak tahu malu.

  71. Mulut murai Simpulan Bahasa

    Banyak cakap.

  72. Mulut tempayan Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak boleh menyimpan rahsia.

  73. Murah hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang penyayang dan mempunyai sifat yang simpati atau kasihan.

  74. Musuh dalam selimut

    Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari