PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf N

Senarai 15 peribahasa Melayu bermula dengan huruf N, lengkap dengan maksud.

  1. Nafas baru Simpulan Bahasa

    Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

  2. Naik darah Simpulan Bahasa

    Menjadi marah

  3. Naik minyak Simpulan Bahasa

    Menjadi marah dan mengganas.

  4. Naik tak bertangga, turun tak berpintu

    Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.

  5. Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar Pepatah

    Dalam keadaan yang serba salah.

  6. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing Pepatah

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

  7. Nasi damai Simpulan Bahasa

    Nasi yang dihidang kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.

  8. Nasi kawah Simpulan Bahasa

    Nasi yang dimasak banyak-banyak untuk kumpulan ramai.

  9. Nasi masak periuk pecah

    Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding lagi.

  10. Nasi sudah menjadi bubur

    Perbuatan yang sudah terlanjur yang tidak dapat kita sesalkan kerana tidak berguna lagi.

  11. Nasi tak dingin, pinggan tak retak

    Cermat melakukan sesuatu pekerjaan.

  12. Nasi tersenduk tidak termakan

    Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.

  13. Neraca berbatu intan

    Hukuman yang seadil-adilnya.

  14. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

  15. Nyamuk mati, gatal tak lepas

    Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.