PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf O

Senarai 34 peribahasa Melayu bermula dengan huruf O, lengkap dengan maksud.

  1. Obor-obor airnya hitam

    Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

  2. Olok-olok jadi tingkarah

    Mulanya hanya main-main akhirnya menjadi pertengkaran.

  3. Ombak membanting dirinya

    Marah yang sia-sia.

  4. Ombak yang kecil jangan diabaikan

    Jangan menganggap mudah akan perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya.

  5. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan

    Terdengar akan berita kekayaan seseorang, tetapi belum ada buktinya lagi.

  6. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi

    Permintaan yang tidak akan dihiraukan orang.

  7. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Pepatah

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

  8. Orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya

    Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.

  9. Orang berdendang di pentasnya

    Orang berkuasa di kawasan sendiri.

  10. Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi di atas dulang

    Sama arif dan bijaksana atau sama-sama handal.

  11. Orang buta diberikan suluh

    Perbuatan yang sia-sia.

  12. Orang buta mendapat tongkat, dipukul buta tuli

    Sombong kerana baru mendapat kekayaan atau kemuliaan.

  13. Orang haus diberikan air, orang lapar diberikan nasi

    Mendapat apa-apa yang diingini atau dihajati.

  14. Orang karam di laut, aku karam di darat

    Mendapat kecelakaan di tempat yang tidak sepatutnya.

  15. Orang kaya maksud tercapai, orang miskin patah di tengah

    Maksud orang kaya mudah dicapai kerana ada kemudahannya, tetapi maksud orang miskin sukar dicapai kerana kurang alat dan syaratnya.

  16. Orang kaya tempat meminta, orang pandai tempat bertanya

    Orang kaya menjadi tempat untuk meminta pertolongan oleh orang miskin dan orang pandai pula menjadi tempat meminta buah fikiran yang baik.

  17. Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya

    Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menerima hukuman.

  18. Orang maling berteriak maling

    Mendahului orang menyorakkan sesuatu kejahatan supaya kejahatannya tidak ketahuan.

  19. Orang mandi berselam, awak mandi bertimba

    Orang mendapat keuntungan yang besar, tetapi kita mendapat keuntungan yang sedikit.

  20. Orang mencubit kita menampar

    Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

  21. Orang mendorong lekas kena

    Orang yang terlalu mudah marah cepat ditimpa bencana.

  22. Orang menebas berpadang senang, orang diberi beroleh sahaja

    Harta yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.

  23. Orang mengantuk disorongkan bantal

    Mendapat atau memperoleh sesuatu yang diidamkan.

  24. Orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam

    Sudah lazimnya orang muda bercinta, orang tua pula banyak bersabar.

  25. Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut

    Orang yang takut-takut tidak akan tercapai maksudnya.

  26. Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan

    Pekerjaan yang tidak tetap akan merugikan.

  27. Orang sukar baharu kaya

    Orang yang hina menjadi sombong kerana beroleh kejayaan.

  28. Orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang

    Kecelakaan orang janganlah terlalu dikata. Barangkali suatu masa nanti kita akan mengalami nasib yang serupa.

  29. Orang tua diajar makan pisang

    Sia-sia mengajar orang telah pandai.

  30. Orang yang gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya

    Sesuatu perbuatan jahat itu tidak dapat disorokkan.

  31. Orang yang kenyang jika dijamu lauk yang sedap sekalipun dikatakan tawar juga

    Pemberian yang tidak dikehendaki tidak akan dihargai.

  32. Orang yang menunggu perigi tak mungkin mati dahaga

    Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya, tidak mungkin jadi bodoh atau susah.

  33. Otak batu Simpulan Bahasa

    Bodoh

  34. Otak cair Simpulan Bahasa

    Pandai