PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf R

Senarai 14 peribahasa Melayu bermula dengan huruf R, lengkap dengan maksud.

  1. Rabun ayam Simpulan Bahasa

    Penglihatan yang kabur.

  2. Rambang mata Simpulan Bahasa

    Terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu mana yang hendak dipilih.

  3. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain Pepatah

    Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.

  4. Rendah hati Simpulan Bahasa

    Tidak sombong

  5. Retak menanti belah Perumpamaan

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.

  6. Retak mentimun Simpulan Bahasa

    Retak yang halus di bahagian luar sahaja.

  7. Rezeki harimau Simpulan Bahasa

    Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.

  8. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

    Jika beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan.

  9. Ringan mulut Simpulan Bahasa

    Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap.

  10. Ringan tulang Simpulan Bahasa

    Rajin bekerja, tangkas.

  11. Ringan tulang, berat perut

    Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.

  12. Rumah buruk disapu cat

    Orang tua yang suka bersolek.

  13. Rumah gendang bersendi perak

    Orang bangsawan dan kaya pula.

  14. Rumah siap, pahat masih berbunyi

    Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan.