PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf S

Senarai 93 peribahasa Melayu bermula dengan huruf S, lengkap dengan maksud.

  1. Salai tidak berapi Perumpamaan

    Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.

  2. Salin tak tumpah

    Dua benda yang serupa benar.

  3. Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular

    Dua orang yang sama rupa dan perjalanannya tetapi budi pekertinya berlainan.

  4. Sambil berdendang, biduk hilir

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  5. Sambil berdiang, nasi masak

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  6. Sambil menyelam minum air

    Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

  7. Sarang tebuan jangan dijolok

    Orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya.

  8. Sauk air mandikan diri

    Orang yang hidup di atas usaha sendiri.

  9. Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang Pepatah

    Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.

  10. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Pepatah

    Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.

  11. Sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang Pepatah

    Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang.

  12. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  13. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa Bidalan

    Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

  14. Sebatang kara Simpulan Bahasa

    Tidak mempunyai sanak saudara dalam hidup.

  15. Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya Pepatah

    Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.

  16. Sedangkan tak hujan becak, inikan pula hujan

    Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya.

  17. Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang Pepatah

    Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri).

  18. Sediakan payung sebelum hujan Bidalan

    Seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia sebelum terjadi apa-apa.

  19. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Bidalan

    Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

  20. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya Pepatah

    Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.

  21. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Pepatah

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  22. Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung Bidalan

    Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak

  23. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Bidalan

    Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.

  24. Seikat bak sirih, serumpun bak serai

    Hubungan dan kerjasama yang sangat rapat bagi membentuk sebuah kumpulan yang kuat.

  25. Sekali air bah, sekali pasir berubah

    Sebaik sahaja ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara bertukar, maka cara hidup rakyat pun pasti berubah.

  26. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  27. Sekangkang kera Simpulan Bahasa

    Kawasan yang sempit

  28. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut Pepatah

    Sesuatu nasihat yang diberikan mungkin terlalu sedikit tetapi adalah amat berharga.

  29. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya Pepatah

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

  30. Selama enggang mengeram Perumpamaan

    Lama benar.

  31. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  32. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka Pepatah

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

  33. Seludang menolak mayang Perumpamaan

    Telah kelihatan isi hatinya.

  34. Sempit bertimpuh, lega berlunjur

    Menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan.

  35. Senjata makan tuan

    Sesuatu yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri.

  36. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Bidalan

    Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.

  37. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia Perumpamaan

    Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.

  38. Seperti anai-anai makan kayu Perumpamaan

    Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.

  39. Seperti anak ayam kehilangan ibu Perumpamaan

    Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

  40. Seperti anjing bertemu pasir Perumpamaan

    Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya.

  41. Seperti anjing dengan kucing Perumpamaan

    Orang yang selalu bertengkar.

  42. Seperti antan pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  43. Seperti api dalam sekam Perumpamaan

    Sesuatu kejahatan yang tidak diketahui kerana ia telah dirahsiakan.

  44. Seperti api dengan asap Perumpamaan

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

  45. Seperti ayam berak kapur Perumpamaan

    Muka pucat dan tidak bermaya.

  46. Seperti bangsi buluh perindu Perumpamaan

    Suara yang merdu dan lemah lembut.

  47. Seperti benang putih Perumpamaan

    Orang yang menurut tanpa membantah.

  48. Seperti bunga dengan perdunya Perumpamaan

    Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan.

  49. Seperti cacing kepanasan Perumpamaan

    Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah.

  50. Seperti cincin terlekat dijari Perumpamaan

    Padanan yang sesuai.

  51. Seperti emas baru disepuh Perumpamaan

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  52. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Perumpamaan

    Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat.

  53. Seperti garam jatuh di air Perumpamaan

    Cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran.

  54. Seperti gergaji dua mata Perumpamaan

    Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak; tidak jujur.

  55. Seperti harimau menyorokkan kuku Perumpamaan

    Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

  56. Seperti hendak meluruskan ekor beruk Perumpamaan

    Sangat sukar menasihati orang yang degil.

  57. Seperti ikan kena tuba Perumpamaan

    Orang yang tidak berdaya lagi.

  58. Seperti kera kena belacan Perumpamaan

    Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.

  59. Seperti kera sumbang Perumpamaan

    Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.

  60. Seperti kerbau dicucuk hidung Perumpamaan

    Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.

  61. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus Perumpamaan

    Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.

  62. Seperti kucing biang Perumpamaan

    Perasaan resah gelisah tanpa sebab.

  63. Seperti kucing dapat tikus Perumpamaan

    Orang yang tidak tahu duduk diam.

  64. Seperti lembu dicucuk hidung Perumpamaan

    Orang yang selalu hanya menurut kemahuan orang.

  65. Seperti lintah menghisap darah Perumpamaan

    Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.

  66. Seperti lipas kudung Perumpamaan

    Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.

  67. Seperti mati hidup semula Perumpamaan

    Selamat daripada bahaya besar.

  68. Seperti melukut masuk gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi Bidalan

    Tidak penting

  69. Seperti musang berbulu ayam Perumpamaan

    Seseorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyikan kesalahannya.

  70. Seperti rusa masuk kampung Perumpamaan

    Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.

  71. Seperti talam dua muka Perumpamaan

    Tidak jujur.

  72. Seperti tikus jatuh ke beras Perumpamaan

    Orang yang terlalu gembira.

  73. Seperti ular kena palu Perumpamaan

    Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.

  74. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga Pepatah

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.

  75. Serampang dua mata

    Mendapat dua faedah serentak, menyokong kedua-dua pihak yang berkonflik.

  76. Serkap jarang Simpulan Bahasa

    Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa.

  77. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya Bidalan

    Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

  78. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Bidalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  79. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga Pepatah

    Kembali ke tempat asalnya.

  80. Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin Perumpamaan

    Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar.

  81. Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas Bidalan

    Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.

  82. Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya Pepatah

    Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.

  83. Sila panggung Simpulan Bahasa

    Duduk bersilang kaki.

  84. Simpul hidup Simpulan Bahasa

    Ikatan yang mudah diuraikan.

  85. Simpul mati Simpulan Bahasa

    Ikatan yang tidak dapat diuraikan.

  86. Sirih pulang ke gagang

    Kembali ke tempat asalnya.

  87. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula Bidalan

    Orang yang berpura-pura tidak tahu.

  88. Sudah jatuh ditimpa tangga

    Mendapat kesusahan silih berganti.

  89. Sudah lama makan garam Simpulan Bahasa

    Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman

  90. Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi Pepatah

    Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.

  91. Sudah terang lagi bersuluh

    Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.

  92. Sudah terhantuk baru terngadah

    Seseorang yang baru sedar akan kesalahannya setelah mendapat kesusahan.

  93. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya Bidalan

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.