PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf T

Senarai 36 peribahasa Melayu bermula dengan huruf T, lengkap dengan maksud.

  1. Tajak kebat Simpulan Bahasa

    Jaminan

  2. Tajam akal Simpulan Bahasa

    Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik.

  3. Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni Bidalan

    Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

  4. Tak ada ribut, masakan daun bergoyang Pepatah

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  5. Tak akan berwap nasi dingin

    Orang yang tidak berilmu, tidak mungkin mengajar orang lain.

  6. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

    Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh dan kekal tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah.

  7. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Pepatah

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  8. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah

    Menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dengan seadil-adilnya

  9. Tanduk bersendi gading Perumpamaan

    Hal keadaan yang tidak sepadan.

  10. Tangan kosong Simpulan Bahasa

    Tidak membawa apa-apa.

  11. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia Bidalan

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  12. Tanggung budi Simpulan Bahasa

    Budi yang tidak terbalas

  13. Tangkai jering Simpulan Bahasa

    Orang yang kedekut.

  14. Telinga kuali Simpulan Bahasa

    Orang yang tidak mendengar nasihat.

  15. Telinga tipis Simpulan Bahasa

    Orang yang lekas marah.

  16. Telunjuk mencucuk mata

    Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.

  17. Terang hati Simpulan Bahasa

    Lekas pandai.

  18. Terapung sama hanyut, terendam sama basah Pepatah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  19. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Pepatah

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

  20. Terendam sama basah, terampai sama kering

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  21. Terkunci mulut Simpulan Bahasa

    Tidak dapat berkata

  22. Terkunyah di batu

    Keadaan yang malang.

  23. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Bidalan

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

  24. Tiada serik dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga

    Kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan.

  25. Tiada terbawa sekam segantang

    Sangat lemah; tidak berdaya.

  26. Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

    Seseorang yang berlaku adil iaitu sama rata dan tidak berat sebelah

  27. Tidur ayam

    Tidur yang tidak lena atau nyenyak.

  28. Tidur tak lena, makan tak kenyang

    Terlalu rindu atau sedih sehingga menjejaskan urusan harian.

  29. Tikus mati di lumbung padi Pepatah

    Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.

  30. Tin kosong Simpulan Bahasa

    Bercakap besar tetapi kosong.

  31. Tinggi diri Simpulan Bahasa

    Sombong

  32. Tuan rumah Simpulan Bahasa

    Penganjur sesuatu majlis; tempat berlangsungnya sesuatu acara

  33. Tulang belakang

    Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan.

  34. Tumbuk rusuk Simpulan Bahasa

    Memberi rasuah.

  35. Tunggang hilang berani mati

    Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

  36. Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati

    Seseorang itu akan menghadapi kecelakaan sekiranya menurut hawa nafsu.