PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf U

Senarai 58 peribahasa Melayu bermula dengan huruf U, lengkap dengan maksud.

  1. Ubat jauh penyakit hampir

    Seseorang yang dalam kesusahan dan sukar untuk mendapat pertolongan.

  2. Ubun-ubun masih berdenyut sudah angkuh

    Masih kecil tetapi sudah sombong.

  3. Ucap habis niat sampai

    Sesuatu hasil diperoleh dengan cepat kerana dilaksanakan dengan segera selepas dikatakan.

  4. Udang dalam tangguk

    Sangat susah hati; gelisah.

  5. Udang hendak mengatai ikan

    Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; kesalahan orang nampak tetapi kesalahan sendiri tidak sedar.

  6. Udang menjunjung tahi

    Orang yang sentiasa dikelilingi oleh hutang.

  7. Udang tak tahu di bongkoknya

    Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

  8. Ugut-ugut beruk sahaja

    Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya.

  9. Ukur baju di badan sendiri

    Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain.

  10. Ukur mata dengan telinga

    Menurut penglihatan dan pendengaran.

  11. Ular bercampur belut, tak akan hilang bisanya

    Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya.

  12. Ular berlingkar di gulungan tikar

    Orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik.

  13. Ular bukan ikan pun bukan

    Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat.

  14. Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang

    Mengadili perkara hendaklah seadil-adilnya.

  15. Ular kepala dua

    Orang munafik atau pengkhianat.

  16. Ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

    Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

  17. Ulat buku Simpulan Bahasa

    Rajin membaca

  18. Ulat dalam batu pun hidup juga

    Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

  19. Ulat lupakan daun Perumpamaan

    Lupa akan budi baik orang.

  20. Umpama ayakan dawai Perumpamaan

    Membuat sesuatu dengan tidak cermat.

  21. Umpama Belanda kesiangan Perumpamaan

    Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

  22. Umpama biawak bercabang lidah Perumpamaan

    Tidak dapat dipercayai barang katanya.

  23. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang Perumpamaan

    Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.

  24. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak Perumpamaan

    Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

  25. Umpama gula di dalam mulut Perumpamaan

    Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).

  26. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak Perumpamaan

    Layanan yang kurang adil.

  27. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutuskan tali, berantuk tidak melembang bumi

    Orang kecil yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.

  28. Umpama kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan Perumpamaan

    Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.

  29. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri Perumpamaan

    Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

  30. Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi Perumpamaan

    Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.

  31. Umpama lebah membuang sengat Perumpamaan

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.

  32. Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang Perumpamaan

    Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.

  33. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua Perumpamaan

    Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

  34. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham Perumpamaan

    Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.

  35. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja Perumpamaan

    Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.

  36. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung Perumpamaan

    Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.

  37. Umpan habis, ikan tak dapat

    Perbuatan atau usaha yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja.

  38. Umpan habis, pancing putus, punca terlepas daripada tangan

    Perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula.

  39. Umpan seumpan, kail sebentuk

    Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

  40. Umpat dan puji tidak pernah bercerai

    Selama ada umpat selama itu ada puji.

  41. Unjuk yang tiada diberikan

    Suatu janji yang tidak ditepati.

  42. Untuk tabuh singkat, untuk genderang panjang

    Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud.

  43. Untung bagai untung kapas Perumpamaan

    Orang yang banyak tanggungannya.

  44. Untung melambung, malang menimpa

    Mendapat kemalangan silih berganti.

  45. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

    Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

  46. Untung sebagai roda pedati

    Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

  47. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata

    Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah.

  48. Untut bertambah kulitnya

    Orang kaya yang bertambah kaya.

  49. Unyai bak hujan pagi

    Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan; pekerjaan yang dibuat lambat-lambat atau terhenti-henti padahal boleh dibuat lekas.

  50. Upah bidan pun tak terbayar

    Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

  51. Upah diterima, kerbau pincang

    Nasib sial atau malang.

  52. Urat malang, pangkal celaka

    Perbuatan yang memberi mudarat kepada orang yang melakukannya.

  53. Uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh

    Orang yang kaya dan banyak kelebihan menjadi tempat orang susah mendapatkan pertolongan.

  54. Usaha menjalani, nasib menyudahi

    Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir.

  55. Usahlah teman dimandikan pagi

    Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.

  56. Usang dibarui, lapuk dikajangi Pepatah

    Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

  57. Usul menunjukkan asal

    Tingkah laku seseorang itu menunjukkan tinggi atau rendahnya darjat seseorang.

  58. Usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan

    Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan berhati-hati; dalam mengerjakan sesuatu hendaklah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan.