PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Bermula dengan Huruf Y

Senarai 50 peribahasa Melayu bermula dengan huruf Y, lengkap dengan maksud.

  1. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan

    Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.

  2. Yang baik dipakai yang buruk ditinggalkan

    Sesuatu yang berguna akan dipakai tetapi yang tidak berfaedah dibuang sahaja.

  3. Yang bengkok juga yang dimakan sarung

    Orang yang bersalah atau dihukum.

  4. Yang berat tidak terpikul, yang ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua, tidak mampu lagi untuk melakukan sebarang kerja.

  5. Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang Pepatah

    Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.

  6. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher Pepatah

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

  7. Yang berkurap pembawa buluh, yang buta penghembus lesung, yang lumpuh penunggu rumah, yang pekak pencucuh meriam

    Meskipun kurang sempurna, namun tetap berguna kepada orang lain.

  8. Yang berpayung yang ditembak

    Jikalau anak buah yang bersalah tentulah yang akan dituntut ketuanya; orang yang berkuasalah tempat meminta pertolongan.

  9. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga Pepatah

    Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.

  10. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang Pepatah

    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

  11. Yang condong ditumpil, yang lemah dianduh

    Memberi pertolongan kepada orang-orang yang di dalam kesusahan.

  12. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan Pepatah

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  13. Yang diamalkan sudah pecah, yang dimaksudkan sudah tercapai

    Segala maksud dan tujuan sudah tercapai atau hajat telah sampai.

  14. Yang diarah tak kena, yang tak diarah kena

    Nasib tidak dapat ditolak, bencana pula tidak dapat dihindarkan.

  15. Yang digali dalam, yang digantung tinggi

    Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya.

  16. Yang dijemput tak datang, yang menjemput tak kembali

    Keuntungan yang dicari tidak dapat sedangkan modal yang sedia ada susut atau tidak kembali sama sekali.

  17. Yang dijolok tiada jatuh, penjolok pula tinggal di atas Pepatah

    Yang dikehendaki tiada tercapai, sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.

  18. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran Pepatah

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

  19. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi Pepatah

    Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.

  20. Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia

    Orang lain yang berikhtiar orang lain pula yang memungut hasilnya.

  21. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam Pepatah

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

  22. Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa

    Budi bahasa yang baik dapat menyelamatkan kita dan akan membuat kita dihormati orang ramai.

  23. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga

    Perkahwinan dan sebagainya eloklah dengan yang sama pangkat atau kedudukan.

  24. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal

    Yang tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yang baik itu biarlah kekal.

  25. Yang hidup sesarkan mati

    Tiap-tiap sesuatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.

  26. Yang hitam susah menjadi putih tetapi yang putih mudah menjadi hitam

    Orang jahat sukar berubah menjadi baik tetapi orang baik mudah berubah dan berbuat jahat.

  27. Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan

    Jauh diundang dengan surat, dekat cukup diundang dengan mulut sahaja.

  28. Yang jauh tak terjelang, yang dekat tak ditandangi

    Sudah terlalu uzur.

  29. Yang jauh telah berjemput, yang hampir telah tiba

    Tentang jemputan yang telah sempurna.

  30. Yang kuat pembawa beban, yang berani pelawan musuh, yang cerdik pelawan perkara, yang kaya pelawan dunia

    Setiap orang ada kelebihan dan mempunyai kegunaan sendiri.

  31. Yang lahir menunjukkan yang batin

    Gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu menunjukkan isi hatinya.

  32. Yang lama dikelek, yang baharu didukung

    Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

  33. Yang lupa ketinggalan, yang lelap kemalingan

    Orang yang lalai akan kerugian.

  34. Yang makan lada jugalah yang berasa pedas

    Sesiapa yang berbuat sesuatu dialah yang bertanggungjawab atas perbuatannya.

  35. Yang melanting yang akan dipilih, yang terserak tidak dikampungkan lagi

    Mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja.

  36. Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut

    Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.

  37. Yang rebah ditindih

    Yang sudah miskin bertambah miskin kerana diperas atau ditindas.

  38. Yang rendah jua yang terturut air

    Orang yang kayalah yang semakin kaya.

  39. Yang sakit hendak makan pulut, yang segar hendak makan gulai

    Nasib yang berbeza menyebabkan keinginan pun berbeza.

  40. Yang secupak takkan jadi segantang

    Rezeki yang telah ditetapkan sebanyak itu tidak akan bertambah lagi.

  41. Yang secupak tidak akan jadi segantang Pepatah

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  42. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa Pepatah

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  43. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa Pepatah

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  44. Yang selancaran alu, atap berjahit, bendul yang tertekan

    Perkauman yang dekat menurut adat.

  45. Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang

    Perbezaan pendirian; seorang dapat menunggu, seorang lagi tidak.

  46. Yang setitik dilautkan, yang sekepal digunungkan

    Harta yang sedikit dikembangkan menjadi bertambah banyak.

  47. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

    Dengan berkat ubat atau doa, sesuatu penyakit dapat disembuhkan; kerana percakapan yang manis atau lemah lembut sesuatu sengketa hilang.

  48. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang Pepatah

    Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

  49. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua

    Dalam sesuatu usaha, pemimpin bertanggungjawab akan mendapat pujian dan celaan.

  50. Yang tua dimuliakan, yang muda dikasihi

    Orang yang pandai membawa diri.