Koleksi Mutiara Kata
Mutiara kata dan kata-kata hikmah tentang kehidupan dan kejayaan untuk santapan minda.
Semua
Sabar
Kejayaan
Ilmu
Redha
Dunia
Kebaikan
Taqwa
Amal
Usaha
Ikhlas
Perjuangan
Kehidupan
Sahabat
Janji
Cinta
Maruah
Kenangan
Pengorbanan
Kemenangan
Kejujuran
Rezeki
Nikmat
Mulia
Rindu
Bahagia
Jadikan hari ini sebagai pengalaman hidup yang paling bermakna. Apa sahaja yang berlaku jalani dengan senyuman.
Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.
Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita suka. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
Tidak akan berubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Itu janji Allah, dan janji itu pasti!
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.
Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan.
Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Banner MotivasiLihat produk →Pilihan kamiManusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit.
Meninggi jangan sampai lupa diri, merendah jangan sampai hilang maruah.
Kaya itu bukan ketika kita mampu membeli tapi ketika kita mampu memberi.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
... dan barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).
Buang perasaan marah jauh-jauh. Jangan disimpan takut jadi dendam.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya suatu hari nanti. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Memaafkan kesalahan orang lain merupakan tanda-tanda orang bertaqwa dan antara sifat tertinggi bagi mereka yang beriman.
Saat kau memberi orang lain, sesungguhnya pemberian itu adalah untukmu. Saat kau mendoakan orang lain, sesungguhnya doa itu juga adalah untukmu.
Jika kamu mampu bersabar pada saat dirimu marah, maka hal itu dapat menghindarkanmu dari ribuan penyesalan di masa yang akan datang.
Jangan risaukan sesuatu yang tidak kita miliki tapi risaukanlah sesuatu yang tidak kita syukuri.
Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna, tetapi menerima pasangan kita dengan sempurna.
Kenangan itu tak dapat kembali, tapi kenangan boleh membuatkan kita tersenyum seorang diri.
Kadang-kadang air mata perlu untuk membersihkan dan melembutkan hati yang telah berdebu dan mengeras.
Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan. Malah Allah melepaskan engkau daripada kedua-dua supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa. Kejahatan dibalas kebaikan itu mulia dan terpuji.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Kehidupan tidak akan selalunya indah, namun sesuatu yang indah akan sentiasa hidup dalam kenangan.
Roti sepotong, air segelas dan kain selembar yang diperolehi dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang menjadi penyesalan kemudiannya.
Dan perpisahan itu mengajarkan kita bagaimana nikmatnya rindu yang terhalang oleh jarak.
Allah bagi kita dugaan sebab nak kita bertambah kuat. Sepertimana sebilah pedang, jika tak di lebur, di asah dan diketuk, mana mungkin menjadi tajam.
Kalau tidak boleh jadi yang mahal dan sangat bernilai, jangan menjadi manusia yang tiada nilai dan maruah.
Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.
Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.
Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan dan keceriaan untuk hari ini.
Rendah hati adalah akhlak yang mulia, sedang kesombongan adalah kebiasaan orang tercela. Rendah hati akan menumbuhkan kecintaan, dan lapang dada menerima pemberian Allah swt akan melahirkan ketenangan jiwa.
Hidayah Allah itu umpama cahaya, tidak akan menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.
Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang atau tidak, ia tetap bersinar. Dihargai atau tidak, ia tetap menerangi.
Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Yang melemahkan semangat ada dua perkara. Yang pertama ialah prasangka. Manakala yang kedua adalah hati yang busuk.
Redha adalah menerima nasib di waktu senang dan di waktu susah.
Syukur dan sabar seperti sayap, jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Jadi, jangan cepat putus asa.
Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
Dunia ini ibarat bayangan: kejar dia dan engkau tak akan pernah boleh menangkapnya; balikkan badanmu darinya dan dia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu.
Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, kerana kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja.
Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari: Kelmarin, ia telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tak akan pernah menemuinya. Hari ini, itulah yang kau punya, jadi beramallah di sana.
Setiap dan semua bahagian dari dunia ini adalah perangkap bagi yang jahil dan mengangkat kebahagiaan bagi yang bijak.
Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.
Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Jika dua orang ditakdirkan bersama, maka dari sudut bumi manapun mereka berasal, mereka pasti bertemu.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencintai adalah memberi tanpa berharap untuk diberi.
Jangan bersahabat dengan sembarangan manusia melainkan mereka yang dapat memelihara rahsia kamu dan menutup aib kamu.
Kasih sayang ibu umpama lampu yang menyala di malam hari. Jika terpadam gelaplah seluruh rumah, jika menyala cerialah seluruh rumah.
Ketika semua orang menjauhi dirimu ketika kamu ditimpa musibah, maka ketahuilah bahawa Allah hendak menyelesaikan urusanmu, cukuplah Allah sebagai Penolong.
Kadang hidup seperti gula pasir. Memberi manis kepada kopi, tapi yang dipuji kopinya. Jika kopinya pahit, yang disalahkan gulanya.
Perjuangan hari ini akan menentukan siapa kita pada hari esok.
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Sabar itu pahit; jujur itu pun pahit; ikhlas itu juga pahit. Namun yang pahit itulah akan menjadi ubat untuk memberi hasil yang manis.
Hidup ini umpama roda yang berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Begitulah hidup, kadang di atas, kadang di bawah. Kadang berjaya, kadang terhina.
Terkadang hidup itu penuh penderitaan tetapi inilah yang membuat hidup berwarna.
Ada kalanya orang sabar itu meninggalkan apa yang membuatnya sabar; ketika semua pengorbanan, ketulusan, kesetiaan dan cinta tidak pernah dihargai.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Belajarlah setiap hari dari apapun dan siapapun. Belajarlah mengenal kehidupan. Berbahagialah sesegera mungkin.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Untuk semua kepedihan yang kita alami, bersabar dan bertahanlah. Kerana Allah swt tahu dimana batas kemampuan kita.
Setiap kejayaan bermula dengan keputusan untuk mencuba.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Jangan sombong kerana dalam kejayaan kita pasti ada doa dari orang lain.
Perjalanan seribu batu bermula dengan hanya satu kaki yang melangkah.
Ketika orang lain meragukanmu, yang harus kamu lakukan adalah percaya pada diri sendiri dan buktikan kemampuanmu.
Bangun dan teruslah berjuang! Jangan sesekali mengenal erti putus asa. Walaupun berapa banyak kali kita jatuh. Ingat! Allah sentiasa menemani kita setiap masa.
Usah mimpi soal kejayaan andai minda dipenuhi persoalan gagal.
Keluarlah pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan segala keperluan. Sesungguhnya, keluar bekerja di pagi hari (dipenuhi dengan) keberkatan dan kejayaan.
Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah.
Tanpa pengorbanan, cinta sejati tidak akan dapat difahami.
Kadang-kadang kita tanya Tuhan, kenapa temukan kalau tak satukan? Mungkin sebab Tuhan nak beri pengajaran yang hanya hidup boleh ajarkan.
Di setiap kegelapan akan ada sinar cahaya. Di setiap kesedihan Allah akan selitkan bahagia. Bertahanlah dan bersabar.
Orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima, tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.
Bukanlah kesabaran jika masih mempunyi batas, dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
Hidup bukan tentang menunggu badai berlalu, tetapi belajar menari di tengah hujan.
Untuk mendapatkan yang kamu suka, pertama kamu harus sabar dengan yang kamu tidak sukai.
Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan.
Bertolak ansur adalah perbuatan yang nampak ringan di mata tetapi sangat berat pada kesannya.
Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.
Aku tidak peduli atas keadaan susah dan senangku, karena aku tidak tahu manakah di antara keduanya itu yang lebih baik bagiku.
Orang yang tidak dapat menguasai matanya maka hatinya tidak ada harganya.
Ilmu ada ada tiga tahap. Jika seseorang memasuki tahap pertama, maka dia akan sombong. Jika dia memasuki tahap kedua, maka dia akan rendah hati. Dan jika dia memasuki tahap ketiga, maka dia akan merasa bahawa dirinya tidak punya apa-apa.
Jadilah orang yang bermartabat, jujur dan selalu menyampaikan kebenaran.
Menjauhi dosa itu lebih ringan daripada menanggung rasa sakit dari sebuah penyesalan.
Apa yang melewatkanku tidak akan pernah menjadi takdirku, dan apa yang ditakdirkan untukku tidak akan pernah melewatkanku.
Hidup bukanlah masalah yang harus diselesaikan, tapi hidup adalah kenyataan yang harus dihadapi.
Sebelum memberi nasihat kepada orang dengan ucapan, berilah mereka nasihat dengan perbuatan dahulu.
Buatlah baik walau nampak remeh kerana kita tidak tahu apa kebaikan yang memasukkan kita ke syurga.
Orang yang ikhlas dengan Tuhannya seperti berjalan di atas pasir, kamu tidak dengar bunyi tapak kakinya tetapi kesannya kamu dapat lihat.
Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi ilmu itu adalah yang memberi manfaat.
Hidup tidak akan memberi segala perkara yang kamu sukai, tetapi <b>rasa cukup</b> akan membuatmu menyukai segala perkara yang kamu miliki.
Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, tentu kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia keluar pagi dalam keadaan lapar dan balik petang dalam keadaan kenyang.
Suatu hari, kita semua, tidak lebih daripada sekadar satu memori.
Ada kenangan perlu disimpan, ada kenangan perlu dipadam, ada juga perlu dilupakan.
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.
Setiap kali kau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu.
Selagi kita wujud di dunia ini, jangan terkejut dengan hadirnya kesedihan.
Kehidupan dunia diciptakan sebagai tempat ujian. Orang bijaksana harus membiasakan dirinya dengan penuh kesabaran.
Jika kamu kagum dengan ilmu kamu, ketahuilah kamu tidak pernah sesekali memiliki ilmu tersebut, ia hanyalah pinjaman dari Allah.
Jika tiada jalan lain lagi di hadapanmu, ingatlah bahawa jalan di langit (doa) tidak pernah tertutup.
Kita tidak tahu usaha dan doa yang mana akan terkabul, maka teruslah berusaha dan berdoa.
Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah.
Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur, tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia.
Janganlah seorang insan tertipu dengan ilmunya kerana apa yang ia tidak tahu lebih banyak dari apa yang dia ketahui.
Ingatlah selalu bahawa Allah tidak akan pernah mengambil apa pun darimu, tanpa rencana untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Orang itu jika sudah merasa dirinya baik, maka orang itu sulit diperbaiki.
Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil.
Kemalasan akan menggugurkan setiap harapan secara diam-diam.
Jika kau dapati satu perkara itu sulit untuk dilakukan, maka batasilah waktu untuk melakukannya. Sungguh waktu, itulah rahsianya.
Takut dengan masa depan menunjukkan rendahnya adab kepada Allah.
Tidak setiap nikmat bererti kemuliaan, tidak setiap ujian bererti hukuman.
Masa-masa sulit akan mengajarmu bahawa tak ada yang engkau harapkan kecuali Allah.
Jarak antara masalah dan penyelesaiannya adalah sedekat lutut dan bumi. Bersujudlah.
Ringankan beban hatimu. Tidak semua urusan perlu mendapat perhatian.