PeribahasaMelayu Kuiz

Koleksi Mutiara Kata Tentang Dunia

Mutiara kata dan kata-kata hikmah tentang kehidupan dan kejayaan untuk santapan minda.

Semua Sabar Kejayaan Ilmu Redha Dunia Kebaikan Taqwa Amal Usaha Ikhlas Perjuangan Kehidupan Sahabat Janji Cinta Maruah Kenangan Pengorbanan Kemenangan Kejujuran Rezeki Nikmat Mulia Rindu Bahagia
Dunia ini ibarat bayangan: kejar dia dan engkau tak akan pernah boleh menangkapnya; balikkan badanmu darinya dan dia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu.
— Ibnu al-Qayyim
Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, kerana kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja.
— Ibnu al-Qayyim
Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari: Kelmarin, ia telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tak akan pernah menemuinya. Hari ini, itulah yang kau punya, jadi beramallah di sana.
— Hasan al Bashri
Setiap dan semua bahagian dari dunia ini adalah perangkap bagi yang jahil dan mengangkat kebahagiaan bagi yang bijak.
— Rumi
Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.
— Hamzah Yusuf
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Selagi kita wujud di dunia ini, jangan terkejut dengan hadirnya kesedihan.
— Ibn Ata Allah al-Iskandari
Kehidupan dunia diciptakan sebagai tempat ujian. Orang bijaksana harus membiasakan dirinya dengan penuh kesabaran.
— Ibn al-Jawzi
Suka bahasa Melayu? Cuba Kuiz Peribahasa – 10 soalan →