Koleksi Mutiara Kata Tentang Ikhlas
Mutiara kata dan kata-kata hikmah tentang kehidupan dan kejayaan untuk santapan minda.
Semua
Sabar
Kejayaan
Ilmu
Redha
Dunia
Kebaikan
Taqwa
Amal
Usaha
Ikhlas
Perjuangan
Kehidupan
Sahabat
Janji
Cinta
Maruah
Kenangan
Pengorbanan
Kemenangan
Kejujuran
Rezeki
Nikmat
Mulia
Rindu
Bahagia
Kaya itu bukan ketika kita mampu membeli tapi ketika kita mampu memberi.
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa. Kejahatan dibalas kebaikan itu mulia dan terpuji.
Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang atau tidak, ia tetap bersinar. Dihargai atau tidak, ia tetap menerangi.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Sabar itu pahit; jujur itu pun pahit; ikhlas itu juga pahit. Namun yang pahit itulah akan menjadi ubat untuk memberi hasil yang manis.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima, tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiBukanlah kesabaran jika masih mempunyi batas, dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
Orang yang ikhlas dengan Tuhannya seperti berjalan di atas pasir, kamu tidak dengar bunyi tapak kakinya tetapi kesannya kamu dapat lihat.