PeribahasaMelayu Kuiz

Koleksi Mutiara Kata Tentang Redha

Mutiara kata dan kata-kata hikmah tentang kehidupan dan kejayaan untuk santapan minda.

Semua Sabar Kejayaan Ilmu Redha Dunia Kebaikan Taqwa Amal Usaha Ikhlas Perjuangan Kehidupan Sahabat Janji Cinta Maruah Kenangan Pengorbanan Kemenangan Kejujuran Rezeki Nikmat Mulia Rindu Bahagia
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Buang perasaan marah jauh-jauh. Jangan disimpan takut jadi dendam.
Kadang-kadang air mata perlu untuk membersihkan dan melembutkan hati yang telah berdebu dan mengeras.
Allah bagi kita dugaan sebab nak kita bertambah kuat. Sepertimana sebilah pedang, jika tak di lebur, di asah dan diketuk, mana mungkin menjadi tajam.
Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan dan keceriaan untuk hari ini.
Redha adalah menerima nasib di waktu senang dan di waktu susah.
— Hamka
Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
Bukanlah kesabaran jika masih mempunyi batas, dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
Aku tidak peduli atas keadaan susah dan senangku, karena aku tidak tahu manakah di antara keduanya itu yang lebih baik bagiku.
— Umar bin Khatab
Suka bahasa Melayu? Cuba Kuiz Peribahasa – 10 soalan →