Koleksi Mutiara Kata Tentang Kehidupan dan Kejayaan ✔
Koleksi mutiara kata dan kata-kata hikmat untuk santapan minda.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Jadi, jangan cepat putus asa.
Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah.
Orang yang ikhlas dengan Tuhannya seperti berjalan di atas pasir, kamu tidak dengar bunyi tapak kakinya tetapi kesannya kamu dapat lihat.
Ibn Mas'ud
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Keluarlah pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan segala keperluan. Sesungguhnya, keluar bekerja di pagi hari (dipenuhi dengan) keberkatan dan kejayaan.
Hadis Riwayat At-Tharbrani
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
Kaya itu bukan ketika kita mampu membeli tapi ketika kita mampu memberi.
Ringankan beban hatimu. Tidak semua urusan perlu mendapat perhatian.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan. Malah Allah melepaskan engkau daripada kedua-dua supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.
Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencintai adalah memberi tanpa berharap untuk diberi.
Untuk mendapatkan yang kamu suka, pertama kamu harus sabar dengan yang kamu tidak sukai.
Kenangan itu tak dapat kembali, tapi kenangan boleh membuatkan kita tersenyum seorang diri.
Perjalanan seribu batu bermula dengan hanya satu kaki yang melangkah.
Kemalasan akan menggugurkan setiap harapan secara diam-diam.
Dr Khalid Al Mushlih
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
Allah bagi kita dugaan sebab nak kita bertambah kuat. Sepertimana sebilah pedang, jika tak di lebur, di asah dan diketuk, mana mungkin menjadi tajam.
Meninggi jangan sampai lupa diri, merendah jangan sampai hilang maruah.
Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Sabda Rasulullah SAW
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
Syukur dan sabar seperti sayap, jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.
Hamka
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
Surah al-Baqarah: 214
Ketika orang lain meragukanmu, yang harus kamu lakukan adalah percaya pada diri sendiri dan buktikan kemampuanmu.
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah al-Israa': 36
Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Kasih sayang ibu umpama lampu yang menyala di malam hari. Jika terpadam gelaplah seluruh rumah, jika menyala cerialah seluruh rumah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
Surah al-Baqarah: 286
Ingatlah selalu bahawa Allah tidak akan pernah mengambil apa pun darimu, tanpa rencana untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Tidak akan berubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Itu janji Allah, dan janji itu pasti!
... dan barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).
Surah al-Talaq: 2-3
Jangan bersahabat dengan sembarangan manusia melainkan mereka yang dapat memelihara rahsia kamu dan menutup aib kamu.
Orang yang tidak dapat menguasai matanya maka hatinya tidak ada harganya.
Umar bin Khatab
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa. Kejahatan dibalas kebaikan itu mulia dan terpuji.
Menjauhi dosa itu lebih ringan daripada menanggung rasa sakit dari sebuah penyesalan.
Umar bin Khatab
Kadang hidup seperti gula pasir. Memberi manis kepada kopi, tapi yang dipuji kopinya. Jika kopinya pahit, yang disalahkan gulanya.
Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur, tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia.
Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita suka. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Jangan risaukan sesuatu yang tidak kita miliki tapi risaukanlah sesuatu yang tidak kita syukuri.