PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada air, adalah ikan

Maksud

Ada penempatan adalah penduduk.

Contoh ayat

Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah bersusah hati kerana di mana ada air, adalah ikan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada air, adalah ikan:

  1. Ada padang, ada belalang Bidalan

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  2. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  3. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  4. Ada padi masak, adalah pipit

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  5. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  6. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.