PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

Maksud

Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

Contoh ayat

Semasa Hasnah bekerja di syarikat itu, rakan-rakannya sentiasa memuji dan melayannya dengan baik, tetapi sebaik sahaja dia berpindah, tiada seorang pun yang bertanya khabar. Benarlah kata pepatah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang:

  1. Jauh di mata, jauhlah di hati

    Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  2. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  3. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

  4. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  5. Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung

    Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

  6. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.