Bidalan
Ada angin, ada pokoknya
Maksud
Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Contoh ayat
Pergaduhan besar antara dua keluarga itu tentu ada puncanya kerana ada angin, ada pokoknya.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada angin, ada pokoknya:
-
Hujan berpohon, panas berasal
Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.
-
Kalau ada asap, tentu ada api
Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.
Bidalan lain
-
Seperti melukut masuk gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi
Tidak penting
-
Ada pasang surutnya
Untung dan malang tidak tetap.
-
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.
-
Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas
Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.
-
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Rahsia hendaklah di simpan.
-
Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi
Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.