PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Maksud

Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

Contoh ayat

Jangan takut berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh; di mana-mana pun ada rezeki kita.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh:

  1. Ada hari, ada nasi Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  2. Ada nyawa ada rezeki Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  2. Biar mati anak, jangan mati adat

    Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.

  3. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  4. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  5. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  6. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.