Bidalan
Ada beras, taruh dalam padi
Maksud
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Contoh ayat
Ibu berpesan kepada Aminah supaya tidak menceritakan masalah keluarga kepada orang luar kerana ada beras, taruh dalam padi.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada beras, taruh dalam padi:
-
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Bidalan
Rahsia hendaklah di simpan.
Bidalan lain
-
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang
Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.
-
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.
-
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.
-
Ada nyawa ada rezeki
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
-
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.
-
Seperti melukut masuk gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi
Tidak penting