Bidalan
Ada gula, ada semut
Maksud
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Contoh ayat
Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata bidalan ada gula, adalah semut.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada gula, ada semut:
-
Ada padi masak, adalah pipit
Bidalan
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
-
Di mana ada gula, di situ ada semut
Di mana tempat yang mempunyai kesenangan atau kenikmatan, tentu ramai yang akan mengunjunginya.
Bidalan lain
-
Jangan bercermin di air keruh
Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
-
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.
-
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
-
Berbual di alang, belayar di luar musim
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.
-
Ada padi, segala menjadi
Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.
-
Memberi garam kepada laut
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.