PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada hari, ada nasi

Maksud

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Contoh ayat

Walaupun kehilangan kerja, Pak Hamid tidak berputus asa kerana dia percaya ada hari, ada nasi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada hari, ada nasi:

  1. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh Bidalan

    Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

  2. Ada nyawa ada rezeki Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya

    Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.

  2. Biar lambat asalkan selamat

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  3. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  4. Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat

    Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

  5. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  6. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.