PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada nyawa ada rezeki

Maksud

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Contoh ayat

Walaupun gajinya kecil, Encik Rahim tetap bersyukur kerana yakin ada nyawa ada rezeki.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada nyawa ada rezeki:

  1. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh Bidalan

    Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

  2. Ada hari, ada nasi Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

    Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.

  2. Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas

    Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.

  3. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  4. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  5. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

    Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

  6. Belum duduk sudah berlunjur

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.