Bidalan
Ada padi masak, adalah pipit
Maksud
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Contoh ayat
Pasar malam itu sentiasa dikunjungi peniaga dari pelbagai tempat kerana pengunjungnya ramai, seperti kata bidalan ada padi masak, adalah pipit.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ada padi masak, adalah pipit:
-
Ada gula, ada semut
Bidalan
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
-
Di mana ada gula, di situ ada semut
Di mana tempat yang mempunyai kesenangan atau kenikmatan, tentu ramai yang akan mengunjunginya.
Bidalan lain
-
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
-
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat
Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.
-
Ada bukit, ada paya
Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
-
Ada rupa, ada harga
Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.
-
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Rahsia hendaklah di simpan.
-
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu