PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada rupa, ada harga

Maksud

Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.

Contoh ayat

Kereta terpakai yang masih cantik itu dijual dengan harga tinggi kerana ada rupa, ada harga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Alah bisa, tegal biasa

    Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

  2. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya

    Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.

  3. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  4. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

    Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

  5. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang

    Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.

  6. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.