PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Ada udang di sebalik batu

Maksud

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

Contoh ayat

Tiba-tiba sahaja Kamal bermurah hati membelanja kami makan; aku rasa ada udang di sebalik batu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada air, adalah ikan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  2. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

    Orang yang berpura-pura tidak tahu.

  3. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  4. Ada rupa, ada harga

    Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.

  5. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang

    Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.

  6. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.