Peribahasa
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Maksud
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.
Contoh ayat
Masyarakat Melayu sejak dahulu berpegang kepada prinsip adat bersendi syarak, syarak bersendi adat dalam menjalankan majlis perkahwinan.
Peribahasa lain
-
Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa
Budi bahasa yang baik dapat menyelamatkan kita dan akan membuat kita dihormati orang ramai.
-
Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal
Yang tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yang baik itu biarlah kekal.
-
Kain sehelai sepinggang habis
Mengalami kerugian atau kecurian.
-
Jauh di mata, jauhlah di hati
Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
-
Engkap bagai rumput di tengah jalan
Hidup merana kerana terlalu miskin atau sakit yang bersangatan.
-
Alah sabung, menang sorak
Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.