PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat

Maksud

Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

Contoh ayat

Sebelum berhujah tentang adat perpatih, kita mesti mengkaji asal usulnya terlebih dahulu kerana adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Biar putih tulang, jangan putih mata

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  2. Laut ditimba tak akan kering

    Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

  3. Ada beras, taruh dalam padi

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

  4. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  5. Ada padi masak, adalah pipit

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  6. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

    Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.