PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi

Maksud

Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik.

Contoh ayat

Walaupun pasukannya tewas dalam perlawanan akhir, jurulatih itu menerima keputusan dengan tenang kerana adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi:

  1. Ada pasang surutnya Bidalan

    Untung dan malang tidak tetap.

  2. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa Pepatah

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

  3. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup Pepatah

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  4. Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk

    Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh

    Setiap sesuatu hendaklah wajar pada tempatnya.

  2. Biar putih tulang, jangan putih mata

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  3. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  4. Memberi lauk kepada orang membantai

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  5. Ada padi, segala menjadi

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  6. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.