PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Maksud

Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

Contoh ayat

Belajar memang memenatkan, tetapi kejayaan hanya datang kepada yang tekun kerana adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ilmu padi, makin berisi makin runduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  2. Memberi lauk kepada orang membantai

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  3. Laut ditimba tak akan kering

    Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

  4. Belum duduk sudah berlunjur

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  5. Ada nyawa ada rezeki

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  6. Ada rotan, ada duri

    Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.