PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

Maksud

Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

Contoh ayat

Sejak anaknya hilang, Puan Lina berasa air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam:

  1. Air diminum sembiluan

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain

    Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.

  2. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

  3. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  4. Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

    Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.

  5. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.

  6. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

    Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.