PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

Maksud

Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

Contoh ayat

Janganlah sombong ketika kaya kerana air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa:

  1. Ada pasang surutnya Bidalan

    Untung dan malang tidak tetap.

  2. Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi Bidalan

    Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik.

  3. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup Pepatah

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  4. Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk

    Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai

    Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

  2. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.

  3. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  4. Hati hendak semua jadi

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  5. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  6. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.