PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

Maksud

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

Contoh ayat

Fadli yang mencampuri perselisihan Nasir sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Nasir berbaik semula kerana bila air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga akhirnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang

    Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

  2. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  3. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

  4. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

  5. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  6. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.