PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

Maksud

Membesar-besarkan perkara yang kecil.

Contoh ayat

Hal kecil antara dua jiran itu menjadi isu besar kerana ada pihak yang suka air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

    Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.

  2. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  3. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Bagaimana rupa begitulah bayangnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  5. Tikus mati di lumbung padi

    Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.

  6. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.