PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba

Maksud

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

Contoh ayat

Masalah besar ini tidak dapat diselesaikan dalam satu mesyuarat kerana akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba:

  1. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Bidalan

    Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

  2. Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung Bidalan

    Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak

  3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Bidalan

    Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  2. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

  3. Biduk lalu kiambang bertaut

    Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

  4. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

  5. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  6. Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

    Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.