PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

Maksud

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

Contoh ayat

Murid-murid digalakkan bersukan kerana akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  2. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  3. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  4. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

    Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.

  5. Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya

    Orang yang diam jangan disangka pengecut

  6. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga

    Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.