PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung

Maksud

Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

Contoh ayat

Walaupun ingin membuka kedai sendiri, Pak Din akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung kerana tiada modal dan pengalaman.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

    Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.

  2. Calak ganti asah, menanti tukang belum datang

    Menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja).

  3. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut

    Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

  4. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

  5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.

  6. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.