PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Alah bisa kerana biasa

Maksud

Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

Contoh ayat

Walaupun sesuatu pekerjaan itu sukar, tetapi apabila kita biasa melakukannya, lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, bak kata pepatah, alah bisa kerana biasa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alah bisa kerana biasa:

  1. Alah bisa, tegal biasa Bidalan

    Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  2. Didengar ada, dipakai tidak

    Nasihat yang sia-sia.

  3. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

  4. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  5. Tikus mati di lumbung padi

    Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.

  6. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.