PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Alah bisa, tegal biasa

Maksud

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

Contoh ayat

Walaupun sesuatu pekerjaan itu sukar, tetapi apabila kita selalu melakukannya, lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alah bisa, tegal biasa:

  1. Alah bisa kerana biasa Pepatah

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

    Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.

  2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

    Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.

  3. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

    Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.

  4. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  5. Ada rotan, ada duri

    Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

  6. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.