PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Alah membeli, menang memakai

Maksud

Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.

Contoh ayat

Nadir sanggup mengikat perut untuk membeli kasut idamannya itu, kerana walaupun harganya mahal tetapi tahan lama, bak kata orang alah membeli menang memakai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Kecil hati

    Berasa tersinggung

  2. Mandi kerbau

    Mandi tidak bersih.

  3. Sila panggung

    Duduk bersilang kaki.

  4. Ada jalan

    Ada cara, ikhtiar, usaha.

  5. Buah tangan

    Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang.

  6. Berat sebelah

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.