PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

Maksud

Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

Contoh ayat

Amir selalu disindir kawan-kawannya ketika mula cuba memelihara lembu. Namun, dia tetap berusaha untuk menjadi petani yang berjaya kerana baginya, alang-alang berdakwat biar hitam.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alang-alang berdakwat, biarlah hitam:

  1. Alang-alang berminyak, biar licin Pepatah

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

  2. Alang-alang mandi, biar basah Pepatah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Pepatah

    Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan.

  4. Genggam bara api, biar sampai jadi arang Bidalan

    Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  2. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  3. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

  5. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  6. Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah

    Tidak menepati janji.